Monday, 20 October 2014

Makan Brokoli Untuk Kurangkan Risiko Kanser Prostat.



Kanser prostat merupakan kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki. Ia adalah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan-lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Tahukah anda bahawa kanser prostat dapat dielakkan melalui pemakanan yang berkhasiat. Makanan merupakan faktor utama nilai tahap kesihatan anda. Seseorang lelaki juga perlu mengetahui makanan apa yang sesuai dimakan untuk kesihatan lelaki. Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi 1 jenis sayuran yang mudah untuk anda amalkan dalam hidangan harian anda. Brokoli adalah antara sayuran yang membantu kurangkan risiko kanser prostat.


Makanan kesihatan lelaki


Ramai lelaki yang tidak mengambil kisah apa yang mereka makan. Lelaki perlu sedar bahawa makanan yang baik adalah sumber kesihatan kepada anda. Anda perlu mengetahui apakah jenis makanan yang berkhasiat yang sesuai diamalkan supaya anda mendapat makanan yang seimbang. Di samping itu anda dapat mengelakkan dan mengurangkan risiko mendapat penyakit seperti kanser prostat.

Banyak makanan yang mampu mengurangkan risiko kanser prostat. Saya akan kongsikan tentang brokoli supaya anda rasa teruja untuk mengamalkannya.

Brokoli


Brokoli adalah daripada keluarga sayuran kobis. Ratusan kajian telah dibuat ke atas brokoli bagi mengenal pasti kebaikan dan khasiatnya dari sudut kesihatan.

Kajian di Harvard mendapati bahawa sayur-sayuran seperti brokoli, dapat memberi perlindungan terhadap kanser pundi kencing. Ia lebih berkesan sebanyak 2 hingga 3 kali ganda kepada lelaki berbanding wanita.

Para saintis menganalisis diet hampir 50,000 orang lelaki, dan mendapati bahawa mereka yang makan lima hidangan atau lebih brokoli pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan kanser pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding yang tidak memakannya. Brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan yang paling protektif.



Brokoli kaya dengan vitamin C, carotenoids lutein, zeaxanthin, dan beta-carotene. Semua ini merupakan sumber kepada antioksidan yang melawan radikal bebas.

Di samping bertindak sebagai antioksidan yang baik, brokoli juga berfungsi sebagai anti keradangan dan detoksifikasi.

Maka, disebabkan fungsi-fungsi tersebut, brokoli adalah agen pencegah kanser yang baik.

Hasil kajian menunjukkan brokoli sangat efektif untuk mencegah dan mengurangkan risiko kanser prostat dan beberapa jenis kanser yang lain.

Jom Makan Brokoli


Kebanyakan pesakit kanser prostat adalah dalam kalangan orang yang sudah lanjut usia. Ini bermakna, peranan penjagaan pemakanan kebanyakannya diuruskan oleh isteri.

Isteri harus membantu suami untuk mengurangkan risiko kanser prostat dengan menyediakan pemakanan yang sihat seperti brokoli. Suami juga harus bekerjasama dengan isteri untuk mewujudkan cara pemakanan yang sihat di dalam keluarga.

Cara penyediaan yang terbaik adalah dengan mengukusnya supaya nutrien-nutrien yang ada di dalam brokoli tidak berkurangan secara mendadak. Pemanasan yang bersangatan menyebabkan kebanyakan nutrien telah hilang.

Kurangkan garam dan kurangkan gula, pastikan apa yang anda masak memberikan manfaat yang maksimum ke atas kesihatan anda dan keluarga.

Makan brokoli untuk kurangkan risiko kanser prostat. Anda mampu melakukannya.

Steamed Broccoli


==============
Jika anda berminat mendapatkan makanan tambahan yang bersumberkan semula jadi sebagai pelengkap nutrisi harian anda, anda boleh menghubungi saya, Pengedar Shaklee Klang dan Shah Alam.
==============

Hafid Sulaiman

SMS/WhatsApp: 013-3727 508



RUJUKAN:




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...