Thursday, 2 October 2014

Masalah Membantu Menemui Makna Hidup



Masalah dapat membantu seseorang menemui makna dan tujuan hidup. Pemahaman tentang makna kehidupan merupakan pemahaman tentang alasan keberadaan hidup manusia dan apa yang menjadi tujuan hidupnya. Ketika seseorang hidup di dalam kesenangan dan penuh keselesaan, pengertian makna kehidupan selalunya dipandang remeh. Bahkan ia sering kali lupa tentang makna hidup. Dorongan untuk mengenali makna hidup sering datang melalui penderitaan dan masalah di dalam kehidupan.

Sihat Nikmat Yang Dilupakan.


Salah satu nikmat yang sering diabaikan oleh manusia adalah nikmat kesihatan di samping kelapangan masa.

Apabila sedang sihat sering kali seseorang itu lupa untuk menjaga apa yang harus dijaga. Namun apabila ia menempuh satu kesukaran di dalam hidup dengan ditimpakan oleh Tuhan masalah kesihatan, maka barulah dia sedar kesilapannya yang telah lalu.

Apakah manusia ini tidak tahu apa yang harus dilakukan di dalam hidup ini???

Ya, sebenarnya mereka tahu, tapi apakah yang menyebabkan ia sering diabaikan dengan sengaja???

Tepuk dada tanyalah diri sendiri.

Anda Membeli Sakit Kerana Menganggap Sihat Itu Mahal.


Memang sihat itu mahal tapi janganlah anda bertindak membeli penyakit kerana anda terpaksa membayar dengan harga yang lebih mahal.

Penyakit menyebabkan seseorang itu terbatas aktivitinya.

Penyakit menyebabkan seseorang itu berasa sedih disebabkan merasa dirinya menyusahkan orang lain.

Penyakit menyebabkan seseorang itu berasa kecewa dan putus asa dengan kehidupan.

Namun bagi seseorang yang sedar, penyakit mampu membawa ia kembali kepada makna hidup. Kembali kepada Tuhan. Rasa syukur disebabkan sakit merupakan peringatan di atas kelalaiannya. Barulah ia sedar betapa berharganya sebuah kesihatan.

Jikalau emas itu mudah ditemui ditepi jalan, maka samalah nilainya seperti batu-batu di jalanan.

Begitulah kesihatan, bukan mudah untuk menghargai kesihatan kerana ia memerlukan usaha yang pelbagai setiap hari.

Mensyukuri Kesihatan


Adalah lebih baik sebelum terjadinya masalah tersebut, anda sedar akan makna kehidupan.

Ketika anda sedang sihat, lakukanlah apa yang sepatutnya anda lakukan.

Berilah keperluan yang sebaiknya kepada kesihatan anda sebelum datangnya waktu anda tidak mampu memberi perhatian kepada diri anda dan akan menyusahkan orang lain.

Maknakanlah kehidupan dengan menyedari bahawa kesihatan itu adalah mahal harganya.

======================

Terima kasih kerana membaca perkongsian ini. Anda membaca kerana ada prihatin dan sedar tentang makna kehidupan anda.

Jika anda berminat, memaknakan kehidupan anda dengan makanan tambahan yang membantu meningkatkan kesihatan anda, anda boleh hubungi saya. Saya akan bantu anda seperti mana saya bantu diri saya.

Tindakan segera anda, amatlah dihargai oleh orang yang anda sayangi.


----------------------------------

Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Mesra Alam


Hafid Sulaiman

FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...