Saturday, 25 October 2014

Kenapa Lelaki Ambil Supplement Vitamin C?


Kenapa Lelaki Ambil Supplement Vitamin C


Saya tak pasti berapa ramai lelaki yang mengambil supplement vitamin C. Mungkin tak ramai jika dibandingkan dengan perempuan. Lelaki mungkin lebih berminat dengan supplement protein, minuman tenaga, kopi kuat, ubat perangsang seks dan produk lain yang boleh meningkatkan prestasi dan stamina. Namun kepentingan vitamin C tidak boleh dipertikaikan kerana ia terlibat di dalam banyak fungsi tubuh. Sebahagian lelaki yang mengambil supplement vitamin C mempunyai sebab tertentu yang sangat baik untuk kesihatan menyeluruh. 


Baca Juga: Tongkat Ali Dan Vitamin C

Apa Yang Difikirkan


Sebahagian lelaki merasakan hanya perlu mengambil supplement apabila telah jatuh sakit. Apabila rasa diri sihat walafiat, dengan hanya makanan harian, keperluan kepada supplement hanya apabila diperlukan seumpama ubat.

Supplement seperti vitamin C bukanlah ubat untuk menyembuhkan kesakitan tetapi ia digunakan sebagai makanan tambahan. Bukan juga pengganti kepada sumber vitamin C melalui pengambilan buah-buahan dan sayuran.

Anda tidak boleh berfikir bahawa apabila anda telah mengambil supplement vitamin C, anda tidak perlu mengambil buah-buahan atau sayuran yang kaya dengan vitamin C. Anda wajib mengambil dari sumber asal terlebih dahulu dan supplement vitamin C hanyalah sebagai tambahan. 

Baca Juga: Vitamin C Sebagai Antioksidan


Perlu diingat juga vitamin C sama ada yang sintetik atau dari sumber semula jadi tidak boleh berfungsi dan diserap dengan baik jika tidak ada faktor yang merangsang. Maka kerana  itu, vitamin C dari sumber asal yang telah diciptakan oleh Tuhan lebih sempurna.

Ambil contoh buah oren atau buah-buahan citrus yang lain. Allah menjadikan di dalam buah tersebut bukan sahaja kaya dengan vitamin C, namun ia juga mengandungi beberapa zat lain yang memudahkan ia diserap oleh badan untuk dimanfaatkan. Bioflavonoid dibuktikan dapat membantu vitamin C melalui 2 cara iaitu mempertingkatkan penyerapan dan membantu vitamin C melaksanakan tugasnya dengan baik.

Supplement vitamin C yang terbaik bukan hanya mengandungi asid askorbik semata-mata tetapi ia juga mengandungi bioflavonoid.

Kredit: www.lifecellskin.com

Kenapa Lelaki Ambil Supplement Vitamin C?


Vitamin C adalah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolic dalam badan termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, gusi, tulang, pembentukan kolagen, sistem imun, kesuburan dan lain-lain fungsi badan.


Vitamin C juga berfungsi bagi pengeluaran hormon anti stress dan interferon, sejenis protein sistem imun yang penting. Ia juga melawan radikal bebas.

Bagi lelaki yang aktif sama ada bekerja atau bersukan, anda mungkin cepat kehilangan vitamin C disebabkan beberapa faktor seperti tekanan kerja. Keperluan vitamin C perlu dibekalkan berterusan untuk memberikan tenaga.

Saya cuba berkongsi beberapa ‘point’ penting kenapa lelaki mengambil supplement vitamin C:

#1. Mengurus dan Mengurangkan Stress. Keresahan dan tekanan menyebabkan vitamin C menyusut dan dengan pengambilan supplement vitamin C kembali menstabilkan hormon di dalam badan lelaki.

Baca Juga: Urus Dan Kurangkan Stress Dengan Vitamin C


#2. Mencegah dan mempercepatkan sembuh demam dan selesema. Walaupun anda mengambil supplement vitamin C, anda masih lagi terdedah dengan demam dan selesema namun pengambilannya sebenarnya mampu memendekkan tempoh penderitaan selesema.

#3. Mengurangkan risiko penyakit kanser prostat dan kanser yang lain. Kanser prostat sering dihidapi oleh orang lelaki yang telah lanjut usia. Sebagai antioksidan yang kuat, ia mampu menghapuskan radikal bebas yang menjadi punca kanser sebelum ia menyerang sel-sel anda. Pengambilannya secara konsisten sejak muda dapat mengurangkan risiko tersebut.

Baca Juga: Panduan Nutrisi Lelaki: Penjagaan Kesihatan Prostat


#4. Mengurangkan risiko penyakit jantung, mencegah pengoksidaan kolesterol LDL dan mengekalkan kolesterol sihat.

Baca Juga: Kesihatan Jantung Dan Vitamin C


#5. Mempercepatkan sembuh luka dan memperbaiki simptom pendarahan seperti gusi berdarah, lebam di kulit, kulit kering dan kasar serta ruam.

#6. Tingkat Kesuburan. Vitamin C juga membantu untuk menghasilkan sperma yang sihat.

Baca Juga: Bagaimana Meningkatkan Kesuburan Lelaki


Tahukah anda, jika anda seorang lelaki yang merokok, sebatang rokok mampu menghilangkan 50-100gram vitamin C. Seorang lelaki yang merokok memerlukan lebih banyak vitamin C di dalam badan.

Anda boleh membuat pembacaan sendiri betapa pentingnya keperluan vitamin C di dalam tubuh anda. 


Baca Juga: Merokok Punca Masalah Ereksi Zakar

Panduan Mendapatkan Supplement Vitamin C.


Jika anda ingin mendapatkan supplement vitamin C, saya cadangkan beberapa panduan berikut:

1. Seharusnya 1 tablet menyediakan 500mg vitamin c.

2. Mengandungi bioflavonoid yang meningkatkan kadar penyerapan dan membantu melaksanakan tugas-tugas vitamin C.

3. Diuji secara klinikal untuk memastikan penyerapan vitamin C.

4. Terbukti secara klinikal meningkatkan paras vitamin C dalam darah.

Tahukah anda bahawa kebanyakan vitamin C yang ada di dalam buah-buahan dan sayuran akan hilang semasa memotong, memasak, terdedah kepada udara, disimpan dalam tempoh masa yang lama atau terkena haba yang berlebihan.

Cukupkan Vitamin C Yang Anda Ambil???


Jika anda memerlukan Supplement Vitamin C yang diekstrak daripada kanji jagung yang terbaik, selamat, berkesan dan semula jadi, hubungi saya. 

Saya bantu anda untuk dapatkan Supplement Vitamin C daripada Shaklee.

Sustained Release Vita C Plus




Untuk Maklumat Lanjut: Klik Sini 

Pengedar Produk Kesihatan Lelaki Shaklee

Hafid Sulaiman

FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah.
Whasapp: 013-3727.508

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...