Wednesday 1 October 2014

Vitamin C Menguatkan Sistem Imun


Selain daripada aktiviti fizikal, tidur yang cukup, riadah dan kebersihan diri yang baik, cara pemakanan sangat penting untuk mempertahankan dan membina sistem imun tubuh. Sistem imun yang kuat memerlukan kepada vitamin dan mineral yang diserap daripada apa yang anda makan. Dengan itu anda dapat mengelakkan diri anda daripada penyakit yang berbahaya. Salah satu daripada vitamin yang penting untuk sistem imun adalah Vitamin C. Vitamin C menguatkan sistem imun. Vitamin C merupakan antioksidan yang bertindak melawan radikal bebas. Radikal bebas dan toksin yang masuk ke dalam badan anda akan dinyahkan oleh antioksidan ini.


Sumber vitamin C.


Di dalam hidangan harian anda, anda perlu menyediakan makanan yang mengandungi Vitamin C yang boleh diperoleh daripada sumber yang pelbagai.

Makanan yang mungkin biasa anda fikirkan adalah buah oren yang sering dikaitkan dengan vitamin C. Namun, jika anda seorang yang prihatin dan mempunyai kesedaran tentang kepentingan Vitamin C, maka anda tidak hanya memenuhkan ruang dapur atau peti sejuk anda dengan buah oren sahaja, bahkan buah-buahan dan sayuran yang pelbagai warna.

Antara yang saya boleh kongsikan di sini adalah seperti buah kiwi, strawberi, anggur, lemon mangga, brokoli, tomato, ubi kentang, green pepper dan buah-buahan sitrus.



Masalah Anda.


Apabila anda melihat kepada senarai ini, ia agak mudah untuk didapati namun mungkin agak sukar untuk anda memastikan ia wujud di dalam setiap hidangan harian anda.

Di tambah pula dengan kesibukan harian anda, yang akhirnya bukan anda sahaja yang terabai, mungkin juga keluarga anda. Anak-anak yang menjadi aset anda juga tidak terkecuali.

Kesedaran tentang pentingnya menguatkan sistem imun perlu diperhebatkan terutamanya pada zaman moden sekarang. Penyakit yang tidak wujud atau tidak menjadi buah mulut masyarakat pada satu ketika dulu, kini telah mula menampakkan diri mereka.

Kekurangan vitamin C mula menampakkan kesan terutamanya apabila anda sering jatuh sakit. Anak-anak anda sering selesema dan demam sehingga anda terpaksa mengeluarkan duit untuk rawatan perubatan setiap bulan. Ia menambah masalah kepada anda.

Satu lagi masalah yang timbul adalah produk makanan yang anda beli. Anda telah mempunyai kesedaran untuk menguatkan sistem imun dengan amalan pemakanan yang sihat.

Namun sedar atau tidak, anda sebenarnya tidak mengetahui adakah anda benar-benar telah menyerap nutrien penting di dalam apa yang anda makan.

Adakah apa yang anda makan cukup untuk keperluan harian anda bagi menguatkan sistem imun anda?

Maka kerana itu saya ingin membantu anda dengan makanan tambahan yang terbaik, selamat, berkesan dan semula jadi.

Vita C Plus daripada Shaklee.



Ia adalah Vitamin C yang dilepaskan jam demi jam.

 Tubuh anda sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semula jadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh anda. Oleh itu anda, tidak perlu risau jika anda tidak dapat memenuhi keperluan vitamin c melalui makanan harian anda.


Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil. Ia juga diperkaya dengan Rose Hips dan Sitrus Bioflavonoid yang membantu Vitamin C bertindak secara maksimum.

Kedua-dua produk ini diperkaya dengan Bioflavonoid. Ia berfungsi untuk membantu penyerapan vitamin C supaya ia dapat bertindak dengan cara yang terbaik.

Kedua-dua vitamin ini adalah daripada sumber yang semula jadi dan bukan sintetik.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

========================

Jika anda berminat dengan Vitamin C ini, saya akan bantu anda memilikinya agar saya dapat menyebarkan kebaikan kepada semua orang  dan saya pasti anda juga seperti itu.

Anda juga mahukan keluarga yang sihat dan ceria sepanjang masa.


Enhances Immune Function
====================
Jika anda memerlukan supplement antioksidan yang dijamin selamat, berkesan dan semula jadi, anda boleh berhubung dengan saya untuk khidmat nasihat percuma:
====================

Anda boleh berjimat sehingga 20% jika anda mendaftar sebagai ahli dengan bayaran RM65 sahaja. Dan anda akan menikmati banyak faedah melalui keahlian ini.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.



Hafid Sulaiman.
SMS/WhatsApp: 013-3727508
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...