Friday, 31 October 2014

Kenapa Cepat Lapar Walaupun Selepas Makan?


Setiap manusia pasti melalui masalah dalam hal pemakanan. Anda mungkin mempunyai masalah kekurangan, kelebihan dan ketidakseimbangan dari segi nutrien. Saya ingin mengutarakan di sini tentang satu situasi di mana anda baru sahaja menikmati hidangan makanan, namun tidak berapa lama kemudian anda sudah kembali berasa lapar kembali. Kenapa anda cepat lapar walaupun selepas makan?


Cepat Lapar, Terlebih Nutrisi, Cepat Gemuk, Akhirnya Penyakit Datang


Kelaparan adalah keadaan tahap psikologikal dan fisiologikal yang berlaku akibat daripada makanan yang diambil tidak dapat memenuhi keperluan tenaga. Kelaparan biasanya berlaku pada individu yang mengalami kemiskinan tegar, biasanya di negara-negara yang membangun berbanding negara maju.

Tanda yang jelas akibat kelaparan ini adalah berkurangnya berat badan, kurang lemak, kurang otot dan menonjolkan tulang, kulit nipis, kering, pucat dan lain-lain lagi.

Namun terdapat situasi yang berbeza di mana seseorang itu kelaparan walaupun hidup dikelilingi makanan. Bukan itu sahaja, mereka ini tidak kurus bahkan semakin berisi tubuh badannya. Mereka mengalami situasi cepat lapar dan cepat gemuk.

Mereka ini mempunyai masalah terlebih nutrisi yang mana akhirnya membawa kepada obesiti. Terdapat banyak punca obesiti dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan ini membawa kepada ancaman penyakit ke atas mereka yangobesiti.

Jika anda termasuk di dalam golongan ini, anda sebenarnya mungkin mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat.

Anda mungkin mengalami situasi seperti ini di mana anda telah bersarapan pagi jam 7.30 pagi, namun semasa anda melakukan kerja, anda rasa cepat lapar dan rasa penat. Jam 10 anda makan. Keluar makan tengahari, anda makan lagi. Jam 3, anda makan lagi, balik rumah, jam 7 anda makan lagi, jam 9 anda makan lagi dan sebelum tidur pun terasa lapar lagi...

Kenapa Cepat Lapar Walaupun Selepas Makan?


Ada beberapa punca, kenapa anda cepat lapar walaupun anda sudah makan dengan banyak. Sebahagian daripada anda, berusaha menurunkan berat badan dengan mengawal pemakanan, namun ia menyebabkan anda semakin lapar. Saya bawakan di sini, antara punca yang berkaitan dengan cara pemakanan.

1) Kurang protein

Protein penting untuk tenaga. Jika anda tidak memasukkan sumber protein di dalam hidangan anda, anda akan cepat letih dan mula mengambil makanan semula.

Protein mengelakkan cepat lapar dan memberikan tenaga


2) Kurang Fiber (serat) 

Fiber atau serat mampu merendahkan kolesterol, mengurangkan risiko diabetes dan sakit jantung serta memastikan paras gula yang baik dalam darah. Serat menyerap lemak dan gula dalam usus yang mampu melambatkan proses penyerapan dan pencernaan. Ini mengelakkan anda cepat lapar. Masukkan hidangan buah-buahan dan makanan yang mengandungi serat yang baik untuk tubuh anda.



3) Kurang sayuran hijau

Ramai orang yang tidak suka makan sayuran hijau. Sayuran hijau sangat penting terutamanya yang mengandungi kuantiti air yang tinggi. Ia membantu anda merasa kenyang serta memberikan anda nutrien yang penting untuk badan.

4) Minuman Yang Manis atau Minuman Berkarbonat.

Gula menyebabkan anda cepat rasa. Mereka yang minum air berkarbonat bukan sahaja akan cepat lapar bahkan akan mendapat banyak masalah kesihatan. Kandungan gula yang tinggi diketahui di dalam kebanyakan produk minuman, namun ramai yang masih memilih minuman yang manis berbanding air kosong. Gula tidak memberikan apa-apa nutrien, malah nutrien diperlukan untuk memetabolismakannya. Ia juga melenyapkan nutrien di dalam tubuh. Gula boleh membinasakan anda.

5) Kurang Minum Air.

Adakah anda minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari? Jika kurang, itu menyebabkan anda rasa lapar. Anda sebenarnya tidak perlukan makanan untuk hilangkan rasa lapar tetapi anda memerlukan air. Apabila anda berasa lapar, cuba anda minum air kosong, mungkin rasa lapar anda akan cepat hilang. Salah satu cara untuk anda kurangkan pengambilan makanan adalah dengan meminum air kosong beberapa ketika sebelum anda mengambil makanan.

6) Indeks Glisemik Yang Tinggi

Indeks glisemik (IG) bagi peringkat karbohidrat adalah berdasarkan kesannya terhadap gula dalam darah.

Apabila anda makan makanan yang mempunyai Indeks Glisemik tinggi, kadar kenaikan paras glukosa dalam darah yang pantas akan menyebabkan paras glukosa memuncak. Insulin akan dirembeskan sebagai tindak balas tubuh kerana paras gula yang memuncak, untuk menurunkan paras glukosa ini dengan segera.


Makanan rendah indeks glisemik membantu anda berasa kenyang.


Tubuh manusia tidak sepatutnya mempunyai paras gula yang terlalu tinggi dalam darah. Hanya sebahagian dapat digunakan sebagai tenaga dan selebihnya akan disimpan sebagai lemak. Lemak yang tersimpan tidak akan digunakan sebagai sumber tenaga utama. Tubuh akan mula merasa lapar semula apabila paras gula turun mendadak dan ini menyebabkan rasa lapar yang berulang-ulang walaupun baru makan beberapa jam sebelumnya.

Dari situ keadaan menjadi bertambah buruk lagi kerana apabila paras glukosa ini turun ia akan menyebabkan anda mula lapar semula. Rasa lapar atau craving ini amat cepat dirasakan selepas makan makanan yang mempunyai indeks glisemik tinggi dan proses ini seperti suatu ‘kitaran kejam’ (vicious cycle) yang menjadikan seseorang itu banyak makan tetapi sentiasa berasa lapar.



Bagaimana Produk Shaklee Membantu Anda?


Secara asasnya, apabila situasi ini berlaku kepada anda, anda hanya perlu membetulkan cara pemakanan anda. Pastikan apa yang anda makan setiap hari seimbang dan mampu memberikan tenaga yang berpanjangan.

Kami di Shaklee mempunyai cara bagaimana untuk mendapatkan pemakanan yang seimbang yang memenuhi keperluan harian kami.

Adakah anda berminat untuk mengetahuinya?? Jom saya kongsikan.

Asas yang paling utama adalah air. Keperluan manusia terhadap air tidak boleh diambil ringan kerana ia adalah nutrien yang paling penting yang terlibat di dalam semua fungsi badan. Kekurangan air menyebabkan anda cepat lapar dan boleh menyebabkan anda jatuh sakit. Pastikan air yang anda minum adalah air yang bersih yang ditapis dengan penapis air terhebat dan berkualiti.

Bagi mendapatkan protein yang mencukupi, Shaklee memberikan anda pilihan produk yang membekalkan tenaga yang berkekalan berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi.

Anda memerlukan protein untuk tenaga sepanjang hari. ESP Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan semula jadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.


ESP membantu anda bertenaga sepanjang hari dan mengelakkan cepat lapar.
HARGA: RM 150 

Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi ini amat baik untuk kesihatan jantung, membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.

Paras indeks glisemik yang rendah dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal. Ini membuatkan anda rasa kenyang dan tidak cepat lapar. ESP juga membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.

Selain ESP, anda juga boleh mengambil Meal Shakes yang boleh dicampurkan bersama ESP. Meal Shakes juga adalah minuman protein untuk anda kekal sihatdan bertenaga. Ia memberikan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien, sumber pemakanan serat dan indeks glisemik yang rendah. Meal Shakes merupakan makanan segera terbaik. Jika anda dalam proses menurunkan berat badan, ini adalah produk yang akan membantu anda.

Meal Shakes memberikan anda nutrisi lengkap.


Di samping itu anda juga boleh menambah beberapa vitamin dan mineral lain sebagai supplement kesihatan untuk anda bagi mendapatkan kesihatan yang optimum. 

POWER OF PROTEIN FOR LONG LASTING ENERGY
PROTEIN HEBAT UNTUK TENAGA BERKEKALAN

===================
Jika anda berminat mendapat produk Shaklee yang terbaik, segera hubungi saya untuk khidmat rundingan dan pembelian.

===================

Hafid Sulaiman
SMS/WhatsApp: 013-3727 508

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...