Monday, 19 January 2015

Hanelang A Menjadi Juara Grand Final STL 2014/2015

Credit: KOSMO

Regu Hanelang A dari Terengganu telah dinobatkan sebagai juara SepakTakraw League yang pertama selepas menewaskan PDRM D pada perlawanan akhir di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur malam tadi. Mereka membenam cabaran PDRM D 21-13, 21-17 pada aksi akhir Grand Final STL 2014/2015.


Hanelang A yang dibarisi oleh bekas tekong kebangsaan, Zulkifli Abdul Razak, Apit kanan, Fadzli Mohd Roslan dan Safaruddin Abu Bakar sebagai apit kiri ternyata mempamerkan persembahan yang terbaik sepanjang Grand Final STL tersebut.

Mereka layak ke Grand Final melalui pusingan Play Off. Hanelang A membawa pulang RM 20,000 dan PDRM D mendapat RM 15,000.

Di dalam perlawanan semalam, jelas pasukan yang banyak melakukan kesilapan akan mengurangkan peluang mereka untuk meraih kejuaraan. Dan ini dibuktikan oleh Hanaleng A yang konsisten dengan permainan yang memukau penonton.

Kepada regu Hanelang A, tahniah diucapkan kerana berjaya merangkul kejuaraan pertama STL.
 
Pengurus Ahmad Mohd Zain jelas berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.

"Pemain saya cukup berdisiplin dan menunjukkan semangat yang tinggi serta bersungguh-sungguh ketika latihan dan sepanjang kejohanan," katanya.

Bagi pasukan PDRM D, kepenatan menjadi punca kekalahan di dalam perlawanan akhir. Ini diakui sendiri oleh pengurus pasukan mereka iaitu DSP Kamarulzaman Jusoh

"Tekong serta pemain saya tidak berdepan sebarang kecederaan namun mereka cukup penat kerana bermain dari pagi lagi,' ujarnya.

PDRM D dibarisi oleh bekas tekong Negara yang pernah meraih emas pada sukan C iaitu Normanizam Ahmad, Masran Rahman dan Azli Jamil. Mereka memberi saingan sengit pada awal kedua-dua set sebelum Hanelang A terus mempamerkan aksi yang bertenaga untuk menang straight set.


Bagi penentuan tempat ketiga dan keempat, Gastep B berjaya merangkul tempat ketiga selepas menewaskan ATM A dengan keputusan 21-19, 16-21, 21-13.

Sebanyak 16 pasukan telah bertanding untuk pertandingan akhir yang sebelum ini telah dijalankan pertandingan diperingkat awal dan play off selama 10 minggu.

Pertandingan ini juga menjadi medan untuk mencari bakat-bakat baru di dalam sepak takraw. Dan ini dipantau oleh Ketua Pemantau bakat bagi kejohanan ini iaitu Jamaluddin Hassan, bekas jurulatih kebangsaan.

Majulah sukan untuk negara. Semoga pertandingan seumpama ini akan diteruskan pada masa hadapan.

HAFID SULAIMAN...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...