Penglihatan mata merupakan
anugerah yang sangat besar. Bayangkan jika anda mempunyai masalah mata
contohnya rabun, ia sedikit sebanyak mengganggu urusan harian anda terutamanya
jika anda terpaksa memakai cermin mata dan ingin melakukan sukan lasak. Untuk
tips lelaki sihat kali ini, saya ingin kongsikan tips jaga kesihatan
penglihatan mata anda.
Jaga Kesihatan Penglihatan Mata Anda
Makanan Yang Seimbang.
Ini adalah tips yang paling
utama kerana makanan yang seimbang merupakan kunci kepada penjagaan kesihatan
mata. Pastikan hidangan setiap hari anda mengandungi nutrient yang terbaik
untuk kesihatan mata. Lobak merah merupakan pilihan yang terbaik disamping
buah-buahan segar dan sayuran hijau seperti brokoli dan bayam. Anda juga boleh
menambah makanan yang kaya dengan dengan vitamin c dan bioflavonoid serta omega
3.
KLIK UNTUK INFO LANJUT |
Pakai cermin mata hitam.
Apabila anda berada diluar
melakukan aktiviti atau memandu di bawah sinaran matahari yang terik, memakai
cermin mata hitam merupakan satu tindakan yang bijak. Sinaran matahari yang
kuat boleh merosakkan mata dan meningkatkan risiko serangan katarak. Ia boleh
membantu menghalang sinaran matahari dari merosakkan pandangan mata anda.
Hindari Merokok.
Kandungan bahaya di dalam rokok
boleh meningkatkan peluang pembentukan penyakit seperti katarak.
Kawal Paras Gula Dalam Darah
Paras gula dalam darah yang
tinggi boleh menyebabkan anda mendapat penyakit diabetes atau kencing manis.
Diabetes boleh menyebabkan masalah penglihatan disebabkan saraf yang rosak yang
akhirnya boleh menyebabkan penglihatan mata anda buta. Jika anda disahkan
menghidap kencing manis, jaga pemakanan anda.
Penggunaan cahaya lampu yang betul.
Jika anda suka membaca atau
menulis, pastikan anda menggunakan pencahayaan yang betul. Jangan menonton
televisyen dengan terlalu dekat dan awasi jarak ketika anda menggunakan laptop
atau computer.
Bersukan
Aktiviti sukan membantu
peredaran darah yang baik dan membantu tubuh memperoleh oksigen yang cukup.
Pastikan juga anda mendapat tidur dan rehat yang cukup.
Sekian, perkongsian saya pada
kali ini. Moga bermanfaat.
Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah
No comments:
Post a Comment