Monday, 12 January 2015

Multivitamin Membantu Lelaki Yang Kekurangan Nutrien




Di dalam dunia moden yang penuh dengan kesibukan sekarang, adalah menjadi kesukaran bagi lelaki untuk memenuhi keperluan nutrien harian mereka. Ini menjadi sebab utama kenapa Multivitamin perlu untuk membantu lelaki yang kekurangan nutrien disebabkan pemakanan yang tidak seimbang.


Keperluan Kepada Nutrien.


Lelaki mahupun wanita memerlukan kepada vitamin dan mineral yang cukup untuk memastikan tubuh sihat. Keperluan lelaki dan wanita adalah berbeza. Maka kerana itu banyak produk multivitamin yang dihasilkan di pasaran yang membantu untuk melengkapkan nutrien harian ini.

Jika anda rasa ada banyak kelompongan dan kekurangan nutrien di dalam hidangan harian anda, adalah lebih baik anda mendapatkan produk multivitamin untuk menutup lompong-lompong tersebut.

Anda boleh baca beberapa tulisan yang berkaitan seperti:



Vita-Lea Shaklee


Salah satu multivitamin yang terbaik di pasaran adalah yang dihasilkan oleh Shaklee. Produk-produk yang dihasilkan oleh Shaklee dijamin sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam. Banyak ujian klinikal yang dijalankan bagi menguji keberkesanan produk ini.

Kepelbagaian yang Menakjubkan


Sains terbaik Shaklee menghasilkan salah satu suplemen yang paling komprehensif dan seimbang yang mampu anda miliki. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Apabila Diambil Setiap Hari, Vita-Lea:

  • Membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan menyeluruh.
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan kesihatan mata.
  • Meningkatkan kekuatan sistem imunisasi.
  • Memberi perlindungan terhadap kerosakan akibat serangan radikal bebas.
  • Mengandungi beta karotena yang bermanfaat untuk menggalakkan pertumbuhan, memelihara penglihatan dan menjanakan semula tisu.
  • Membekalkan kalsium, fosforus serta vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Biotin dan asid pantotenik menyokong metabolisme lemak dan karbohidrat
  • Vitamin B12 merangsang pembentukan sel-sel darah merah.


Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosussistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.


Perbezaan Multivitamin Shaklee


Vita-Lea adalah multi yang hebat. Ini kerana:

  • Vita-Lea merupakan supplement paling seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu milik.
  • Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
  • Dilengkapi dengan 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA.
  • Diekstrak daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Disokong oleh  7 kajian klinikal.
  • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B yang penting yang membanti menghasilkan sel-sel baru.
  • Vita-Lea menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan produk.
  • Dipilih oleh Center of Science di US sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN dalam Public Interest tahun 2000.
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.


MultiVitamin Yang Membantu Meningkatkan Kesihatan dan Kecergasan Lelaki


Kepada lelaki yang peduli tentang tahap kesihatan dan kecergasan masing-masing, Vita-Lea adalah pilihan yang tepat untuk anda. Ia membantu anda menutup kekurangan nutrien yang anda ambil melalui pemakanan harian.

Anda pasti merasai perbezaan setelah anda mengubah kehidupan anda dengan menukar corak pemakanan anda.

HARGA RETAIL: RM88.75 | 120 biji


  
Tahukah anda???

Vita Lea Shaklee Merupakan Supplement Multivitamin dan Multimineral Pertama Yang dicipta di dunia.


Hafid Sulaiman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...