Wednesday 14 January 2015

SepakTakraw League (STL): 8 Regu Lagi Ke Grand Final



8 regu lagi berjaya ke Grand Final selepas berentap di dalam saingan ‘play off’ pada hujung minggu lepas di Stadium Tertutup Titiwangsa. Mereka melengkapkan 16 regu yang akan bersaing merebut kejuaraan SepakTakraw League yang pertama.


ATM A Muncul Juara Saingan Play Off.


Dalam saingan Play Off, 16 regu berentap dan hanya lapan sahaja yang akan layak ke Grand Final STL 2014/2015. ATM A yang mempamerkan aksi bertenaga untuk menundukkan trio muda daripada Petronas Batu Gajah pada penentuan juara.

Berikut merupakan 8 regu yang berjaya di dalam saingan Play Off untuk ke Grand Final STL:

  1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) A
  2. Petronas Batu Gajah
  3. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
  4. Bentara MAS
  5. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
  6. Hanelang ‘A’,
  7. Kerinchi Club ‘B’
  8. GASTEP ‘B’


Mereka menyertai 8 regu lain yang telah mengesahkan kemaraan mereka ke Grand Final selepas menjadi juara pada 8 pusingan awal.

8 regu yang mara secara automatic adalah:

  1. Mazatech ‘A’
  2. ATM ‘F’
  3. InstaPutra
  4. PDRM ‘D’
  5. Bukit Putra
  6. Jaguh Kampung Penang ‘A’,
  7. Bukit Putra ‘C’
  8. RISDA


Nantikan GRAND FINAL SEPAKTAKRAW LEAGUE (STL) 2014/2015 yang akan diadakan di Stadium Tertutup Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 17-18 Jan, 2015, hujung minggu ini. Siaran Langsung di Astro Arena saluran 801.

Majulah Sukan Untuk Negara.


Saya Hafid Sulaiman, melaporkan..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...