Friday, 9 January 2015

Tips Lelaki Sihat: Ketahui Simptom Kanser Prostat




Prostat adalah organ reproduktif bagi lelaki. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua. Ia dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ia bukannya kanser. Pemeriksaan doktor akan mengesahkan sama ia kanser atau bukan. Untuk tips lelaki sihat, jom ketahui simptom kanser prostat supaya pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa anda.


Apakah Kanser Prostat?


Kanser prostat adalah disebabkan radikal bebas yang merosakkan sel di dalam kelenjar prostat. Ia merupakan ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan- lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun.

Peringkat awal kanser prostat tidak menghasilkan simptom dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan lanjut. Namun terdapat juga kanser prostat yang merebak dengan cepat.

Simptom kanser prostat


Ketahui Simptom Kanser Prostat


Berikut beberapa simptom kanser prostat:

  • Kerap membuang air kecil terutamanya waktu malam
  • Kesukaran memulakan atau menghentikan aliran air kencing
  • Aliran air kencing yang tidak lancar.
  • Sakit semasa membuang air kecil.
  • Sakit semasa ejakulasi.
  • Darah dalam air kencing.
  • Darah dalam air mani.
  • Air kencing terkeluar ketika ketawa atau batuk.
  • Ereksi zakar lemah
  • Penurunan keinginan seksual.


Bagi kanser prostat tahap lanjut simptomnya termasuklah:

  • Mengalami kesakitan atau ketegangan di bahagian belakang, pelvis, pinggang, rusuk dan peha serta rasa sakit di bahagian tulang di kawasan tersebut. Kesakitan di bahagian ini mungkin disebabkan sel kanser telah merebak.
  • Kehilangan berat badan dan selera makan, keletihan, loya, atau muntah-muntah.
  • Bengkak di bahagian kaki.
  • Lemah atau lumpuh di bahagian kaki
  • Sering sembelit


Jumpa Doktor


Jika anda merasakan bahawa anda rasa sakit ketika membuang air kecil atau terdapat kelainan ketika mebuang air kecil, segera berjumpa doktor. Doktor akan memastikan sama ada terdapat masalah terhadap prostat anda sama ada pembesaran, keradangan, jangkitan ataupun kanser.

Pengesanan kanser prostat di peringkat awal membantu mencegah ianay merebak dengan lebih teruk, Tindakan segera anda dapat memberikan sinar harapan untuk anda terus hidup sihat.

Moga apa yang dikongsikan memberikan manfaat. Kongsikan kepada orang yang tersayang sebagai amal jariah.. InsyaAllah.

Anda juga boleh membaca entri lepas tentang Panduan Nutrisi Lelaki: Penjagaan Kesihatan Prostat untuk membantu anda hidup lebih sihat melalui pemakanan harian.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Hafid Sulaiman


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...