Tuesday, 20 January 2015

Jangan Benarkan Mereka Membuat ‘Reunion’



Seronok jika ada reunion. Terutamanya jika reunion kawan-kawan lama di sekolah ataupun reunion keluarga. Pelbagai cerita pahit manis dapat dikongsikan bersama. Namun ada satu reunion yang wajib anda halang daripada berlaku di dalam hidup anda. Jangan benarkan mereka membuat reunion kerana jika ia berlaku tunggulah saat kehancuran anda.

Reunion’ Maut : Adakah Anda Menjemput Mereka


Tahukah anda bahawa apabila ukur lilit pinggang anda semakin besar, itu akan menjadi tempat ‘reunion’ bagi beberapa jenis penyakit. Secara tidak sedar, perut boroi anda menjemput mereka untuk datang bertamu di dalam badan anda dan mereka cukup seronok kerana dapat bertemu.

Seumpama ada gula, ada semut yang berkumpul, ada obesiti, adanya penyakit yang akan berkumpul.

Marta D Van Loan, pengkaji di Jabatan Kinesiologi University Of Illinois mengatakan timbunan lemak di bawah perut sebagai indikator penyakit jantung.

Lemak pada rongga perut merupakan ramalan kuat kepada penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, masalah buah pinggang, diabetes melitus, masalah paru-paru dan kanser.

Ini kerana beberapa bahagian organ seperti jantung, pankreas dan paru-paru bekerja lebih kuat akibat berat badan yang tidak normal.

Malangnya seringkali mereka yang menghidap obesiti ini tidak menyedari bahawa penyakit ini sedang membuat reunion di dalam tubuh anda. Ini menjadi ancaman yang besar kepada anda kerana ia boleh membawa maut.

Apabila mereka telah berkumpul membuat reunion di dalam tubuh anda, anda berisiko mendapat serangan stroke atau serangan jantung. Dan serangan itu mungkin berlaku untuk pertama kali dan terakhir buat anda.

Jangan Benarkan Mereka Membuat Reunion


Jalan terbaik adalah dengan menutup pintu-pintu masuk agar mereka tidak mampu membuat reunion. Jangan biarkan tubuh anda dijadikan tempat berkumpul dan sarang mereka.

Pintu utama mereka adalah melalui makanan iaitu melalui rongga penghadaman. 

Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Perhatikan apa yang anda makan.

Kepelbagaian dan kelazatan makanan di Malaysia menyebabkan ramai orang yang kalah dengan nafsu. Jika tidak pandai mengawal gaya pemakanan, anda mungkin berisiko tinggi menghadapi masalah berat badan akibat makan terlalu banyak.

Berat badan berlebihan adalah hasil daripada pengambilan kalori yang berlebihan daripada kadar tenaga keperluan harian di dalam badan.

Rutin harian yang hanya duduk di pejabat dan kurang melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam menguatkan lagi faktor pertambahan berat badan.

Bersenam dan amalkan gaya hidup yang sihat. Senyum selalu dan sentiasa berfikiran positif. Urus stress anda dengan baik. InsyaAllah, anda dapat menghalang reunion yang boleh membawa maut ini.

Anda boleh baca: 




Moga Bermanfaat.

Hafid Sulaiman
Pengedar Shaklee Shah Alam-Klang-Kapar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...