Thursday 8 January 2015

6 Tips Penjagaan Kaki Bagi Pesakit Kencing Manis

Diabetic Neuropathy


Pesakit kencing manis atau diabetes berisiko mendapat beberapa masalah kesihatan lain seperti masalah jantung, penglihatan mata, buah pinggang dan kerosakan salur darah. Kerosakan salur darah menyebabkan kerosakan saraf. Bahagian kaki sering berlaku masalah disebabkan kekurangan deria akibat daripada masalah saraf. Masalah ini biasa disebut sebagai Diabetic Neuropathy. Entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda, 6 tips penjagaan kaki bagi pesakit kencing manis.



6 Tips Penjagaan Kaki Bagi Pesakit Kencing Manis


Pesakit kencing manis yang kronik yang tidak menjaga bahagian kaki boleh menyebabkan bahagian kakinya terpaksa dipotong. Penjagaan kaki amat penting kerana jika kaki anda telah dipotong, anda akan lebih sukar untuk melakukan urusan harian anda. Berikut saya kongsikan tips penjagaan kaki bagi pesakit kencing manis:

1. Pesakit kencing manis harus membersihkan kaki mereka setiap hari dan mengeringkan kaki dengan sempurna, khususnya kawasan di antara jari kaki. Basuh dengan sabun yang bersesuaian dan boleh juga menggunakan air suam.

2. Bagi mengatasi kekeringan kulit, pesakit kencing manis harus menyapu sedikit krim pelembap.

3. Kuku jari kaki harus dipotong dengan kemas secara lurus bagi mengelakkan kecederaan kepada kulit.

4. Kasut harus selesa dan tidak terlalu ketat. Pesakit kencing manis harus memastikan bahagian dalam kasut bebas daripada sebarang objek kecil sebelum memakai kasut. Jika anda pakai stoking, tukarkan ia jika basah.

5. Kaki harus diperiksa setiap hari. Sekiranya ada luka, calar ataupun ulser, segera bertindak.

6. Jangan meletakkan sebarang agen kimia pada kaki seperti plaster kerana bahan kimia ini boleh menyebabkan iritasi kulit yang seterusnya dapat menyebabkan ulser.


TAHUKAH ANDA??

"Lelaki yang ereksi zakarnya kurang tegang mungkin disebabkan dia menghidap kencing manis. SILA berjumpa dengan pegawai kesihatan untuk mengetahui punca masalah anda ini."

Semoga bermanfaat.

Jom Baca Tips Pilih Makanan Untuk Pesakit Kencing. KLIK SINI



Hafid Sulaiman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...