Di dalam al-Quran, Allah
memberikan contoh bagaimana Luqman memberikan wasiat dan nasihat kepada
anaknya. Ia merupakan satu contoh ikutan yang diamalkan oleh golongan orang
soleh yang mana mereka mewasiatkan dan memberikan nasihat yang berguna kepada
anak mereka. Sikap ini seharusnya dicontohi oleh lelaki yang bergelar bapa
sebagai tanggungjawab mendidik dan melahirkan generasi yang beragama.
Wasiat al-Munzir bin al-Munzir untuk anaknya.
Marilah kita menelusuri
contoh yang dilakukan golongan salaf al-Salih ini yang ada dalam lipatan
sejarah, untuk kita sampaikan juga kepada generasi yang ingin kita didik.
Daripada al-Mada’ini menyebut
al-Munzir berkata kepada anaknya ketika dia menyerang Ghassan (Ghassan adalah
kerajaan Arab yang terletak di Syam yang berpihak kepada Rom:
1) Elakkan dirimu daripada
menjauhi kawan-kawan yang baik.
2) Elakkan dirimu daripada
ilmu-ilmu yang lucu.
3) Jauhilah dirimu daripada
berjinak-jinak dengan raja dan berlawak dengan orang yang bodoh.
4) Biasakanlah dirimu
menyendiri. Selalulah bangun pada waktu malam, pakailah pakaian yang keras
(tidak lembut sangat). Pakaian adalah yang menyempurnakan dirimu dan menjaga
penghormatanmu.
5) Sifat malu adalah sifat
yang baik yang pertama perlu ada pada dirimu. Wujudkanlah ia di dalam dirimu,
tawaduklah dan janganlah kamu tertipu dengan harta-hartamu.
6) Diam di dalam perkara yang
tidak penting bagimu adalah lebih baik. Jika engkau terpaksa berkata-kata,
berkatalah dengan benar dan ringkas. Agar engkau selamat.
Dipetik daripada Anakku
Hebat, Anakku Soleh – Dr. Zahazan Mohamed
Moga bermanfaat…
Salam Jumaat Yang Diberkahi
Hafid Sulaiman
No comments:
Post a Comment