Saya percaya, nutrisi yang
lengkap dan seimbang merupakan faktor untuk mengekalkan kesihatan yang sangat
penting. Melalui segmen “Panduan Nutrisi Lelaki”, saya akan berkongsi dengan
anda tentang nutrien apa yang diperlukan oleh tubuh anda dan bagaimana untuk
mendapatkannya. Untuk entri ini, saya akan berkongsi tentang nutrien yang
diperlukan untuk penjagaan kesihatan prostat.
Apa itu Prostat?
Prostat ialah kelenjar
bersaiz “walnut” di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa
air kencing dan air mani melalui zakar. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan
cecair air mani. kelenjar prostat adalah sebahagian dari sistem reproduksi
lelaki.
Masalah Prostat
Antara masalah yang berlaku
kepada prostat adalah pembengkakan atau pembesaran prostat atau disebut sebagai
Benign Prostate Hypertrophy (BPH).
Manakala Kanser prostat ialah
ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser
yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki.
Mungkin anda anggap, masalah prostat ini adalah penyakit bagi lelaki yang sudah lanjut usianya seiring dengan peningkatan umurnya. Namun, usaha anda menjaga kesihatan prostat sejak awal merupakan langkah bijak untuk mengelakkan cabaran yang lebih teruk seiring dengan usia anda.
Tanyalah mereka yang mengalami penyakit ini atau mana-mana penyakit kanser atau kronik yang lain, bagaimana pengalaman mereka melalui kehidupan yang serba mencabar sebagai seorang pesakit.

Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah
prostat, adalah lebih baik anda berjumpa pegawai kesihatan untuk khidmat
rundingan yang terbaik.
Anda boleh baca tulisan tentang Simptom Kanser Prostat.
Anda boleh baca tulisan tentang Simptom Kanser Prostat.
Penjagaan Kesihatan Prostat Melalui Pemakanan
Pemakanan yang sihat dan seimbang adalah faktor kepada kesihatan yang optimum. Pemakanan yang sihat dan seimbang juga membantu untuk seseorang itu meningkatkan kesihatan dan sembuh daripada penyakit.
Melalui panduan nutrisi lelaki ini, saya akan berkongsi panduan secara umum, nutrien apa yang penting untuk diambil. Jadi, anda boleh memilih makanan yang anda rasakan kaya dengan nutrien tersebut. Saya juga akan mencadangkan beberapa jenis makanan sebagai pilihan untuk anda.

Vitamin
- Vitamin A – Sebagai antioksidan
- Vitamin B6 – Keseimbangan hormone
- Vitamin C – sebagai antioksidan
- Vitamin E – Merangsang sistem imun untuk melawan jangkitan
Mineral
- Manganese –Menghasilkan hormone
- Selenium – Antioksidan utama dan membantu penyerapan vitamin E.
- Zinc – Mineral penting di dalam prostat. Kekurangannya memberikan kesan kepada kesihatan prostat.
Lain-lain nutrien.
- Omega-3 - Asid lemak yang membantu dalam sintesis prostaglandin.
- Bioflavonoid – Membantu penyerapan vitamin C
Pilihan Makanan
- Salmon dan lain-lain jenis – kaya dengan omega-3 yang mengandungi asid lemak (fatty acid). Kajian menunjukkan masalah prostat juga berpunca daripada kekurangan asid lemak.
- Protein Soya – Isoflavones genistein yang terkandung di dalam kacang soya membantu mengekang pertumbuhan dan merebaknya sel kanser prostat. Lihat laporan kajian di sini.
- Tomato – Mengandungi lycopine iaitu sejenis karotenoid yang memberikan pigmen warna merah. Lycopine juga mengurangkan risiko pertumbuhan sel kanser prostat.
- Sayur-sayuran berdaun hijau. Contohnya seperti brokoli dan bok choy.
- Biji Labu – kaya dengan zink, vitamin dan omega-3
- Buah-buahan segar terutamanya yang berwarna merah dan oren.
- Bawang putih – Mempunyai agen pencegah kanser. Boleh juga mengamalkan memakan rempah ratus lain seperti kunyit, kulit kayu manis dan halia.
Jangan lupa, minum air
sekurang-kurangnya 2 liter sehari
Makanan yang harus dihindari
- Makanan yang manis – kurangkan gula
- Makanan yang mengandungi lemak trans – seperti kentang goreng
- Makanan yang diproses yang boleh menggalakkan kanser
- Junk Food
- Minuman berkarbonat
- Daging merah
Makanlah untuk anda kekalkan kesihatan anda. Jangan makan untuk memuaskan nafsu anda.
Kongsikan maklumat ini dengan isteri anda agar dia membantu anda dalam menyediakan hidangan yang berkhasiat untuk anda.
Semoga apa yang dikongsikan memberikan manfaat buat anda. Anda boleh kongsikan tulisan ini untuk menyebarkan kebaikan kepada orang lain.

Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan AdalahAnugerah.
Terima kasih info kesihatan yang dikongsikan. Banyak manfaat saya perolehi daripada info ini khasnya bagaimana mengekalkan kesihatan prostat.
ReplyDelete