Monday, 26 January 2015

Apabila Bersukan Untuk Menjadi Juara



Hujung minggu merupakan hari rekreasi bagi kebanyakan orang di Bandar. Taman-taman akan dipenuhi dengan orang ramai yang membawa keluarga sama ada untuk bermain di taman atau untuk berjoging. Ia merupakan satu aktiviti yang menyihatkan di samping kita dapatkan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Itu adalah aktiviti hujung minggu. Itulah suasana yang anda dapat lihat seperti di Tasik Shah Alam.

Thursday, 22 January 2015

7 Tips Penjagaan Kulit Bagi Pesakit Kencing Manis



Disebabkan pesakit kencing manis mudah mendapat komplikasi, mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga. Penjagaan kulit bagi pesakit kencing manis perlu sentiasa dipelihara dan dipantau dengan baik kerana mereka mudah mendapat jangkitan kulit.

Tuesday, 20 January 2015

Jangan Benarkan Mereka Membuat ‘Reunion’



Seronok jika ada reunion. Terutamanya jika reunion kawan-kawan lama di sekolah ataupun reunion keluarga. Pelbagai cerita pahit manis dapat dikongsikan bersama. Namun ada satu reunion yang wajib anda halang daripada berlaku di dalam hidup anda. Jangan benarkan mereka membuat reunion kerana jika ia berlaku tunggulah saat kehancuran anda.

Monday, 19 January 2015

Hanelang A Menjadi Juara Grand Final STL 2014/2015

Credit: KOSMO

Regu Hanelang A dari Terengganu telah dinobatkan sebagai juara SepakTakraw League yang pertama selepas menewaskan PDRM D pada perlawanan akhir di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur malam tadi. Mereka membenam cabaran PDRM D 21-13, 21-17 pada aksi akhir Grand Final STL 2014/2015.

Sunday, 18 January 2015

Tips Lelaki Sihat: 6 Cara Tingkatkan Kehebatan Sperma



Kehebatan sperma anda atau tahap kesuburan anda diukur berdasarkan kuantiti, kualiti (bentuk) dan motiliti (pergerakan) sperma. Jika anda seorang bujang dan akan berkahwin, anda perlu berusaha untuk meningkatkan kehebatan sperma anda. Untuk Tips Lelaki Sihat kali ini, jom saya kongsikan 6 cara tingkatkan kehebatan sperma anda.

Saturday, 17 January 2015

Minuman Botani VIVIX: Semakin Ramai Ingin Merasainya



Kebanyakan pengguna VIVIX mengambilnya untuk tujuan kecantikan dan meningkatkan kesihatan tubuh. Namun, sebahagian orang mengambilnya untuk tujuan membantu menghadapi penyakit-penyakit yang kronik. Minuman botani VIVIX merupakan revolusi terbaru daripada Shaklee di dalam pemakanan polifenol. Kini, semakin ramai ingin merasainya dan merasa perubahan di dalam diri.

Friday, 16 January 2015

Kisah Lelaki Kaya Yang Ingin Membeli Kehidupan Orang Lain

 
Sedarkah kita, di saat kita hanya mampu makan roti canai atau nasi lemak beserta teh tarik sebagai sarapan pagi, terdapat ‘mereka’ yang tidak mampu menikmatinya walaupun diberi secara percuma. Walaupun pendapatan kita hanya cukup makan jika nak dibandingkan dengan ‘mereka’ itu, namun kekayaan mereka tidak mampu membeli apa yang dinikmati oleh sebahagian orang.

Wednesday, 14 January 2015

Tanyalah Diri Anda, Shaklee Memberikan Jawapan



Semua bersetuju dan yakin termasuk diri anda bahawa pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah kunci kepada kesihatan yang baik. Kali ini jom tanyakan diri anda beberapa soalan tentang pemakanan harian anda, dan Shaklee akan memberikan jawapan jika anda mempunyai masalah. Kaum lelaki, sila ambil perhatian kerana anda sering kali alpa tentang hal pemakanan yang sihat.

SepakTakraw League (STL): 8 Regu Lagi Ke Grand Final



8 regu lagi berjaya ke Grand Final selepas berentap di dalam saingan ‘play off’ pada hujung minggu lepas di Stadium Tertutup Titiwangsa. Mereka melengkapkan 16 regu yang akan bersaing merebut kejuaraan SepakTakraw League yang pertama.

Monday, 12 January 2015

Tips Lelaki Sihat: Bawa Bekal Makanan Untuk Turunkan Berat Badan

Bawa Bekalan Makanan Untuk Turunkan berat badan


Teringat zaman sekolah rendah dulu, tiap-tiap hari bawa bekal pergi sekolah. Kalau tak nasi, sekurang-kurangnya ummi akan membekalkan kuih. Yang paling penting mesti bersarapan waktu pagi. Untuk tips lelaki sihat hari ini, saya nak berkongsi tips mudah untuk turunkan berat badan iaitu bawa bekal makanan.

Multivitamin Membantu Lelaki Yang Kekurangan Nutrien




Di dalam dunia moden yang penuh dengan kesibukan sekarang, adalah menjadi kesukaran bagi lelaki untuk memenuhi keperluan nutrien harian mereka. Ini menjadi sebab utama kenapa Multivitamin perlu untuk membantu lelaki yang kekurangan nutrien disebabkan pemakanan yang tidak seimbang.

Sunday, 11 January 2015

SepakTakraw League (STL): Medan Mempamerkan Bakat Sepak Takraw

 

Sebut sahaja mengenai sukan sepak takraw, pasti akan terbayang bagaimana apit kanan atau “killer’ mematikan bola ke gelanggang lawan dengan teknik libasan gulung atau lipat. Biasanya dimainkan oleh kaum lelaki, namun kini, wanita juga sudah mula bermain sepak takraw dan dipertandingkan. STL atau Sepak Takraw League telah diperkenalkan pada tahun lepas sebagai usaha pembangunan sukan sepak takraw sebagai medan para pemain mempamerkan bakat sepak takraw.

Saturday, 10 January 2015

Kenali Penyakit Gout, Tanda Serangan dan Komplikasinya

Penyakit Gout, Simptom dan komplikasi


Sebut sahaja mengenai gout, pasti terbayang bagaimana seorang lelaki yang telah meningkat umurnya, lebih berat badan dan berjalan secara tidak normal disebabkan sendi kaki yang sakit. Lelaki lebih mudah mendapat penyakit gout berbanding wanita. Entri ini bertujuan memberikan informasi kepada kaum lelaki tentang penyakit gout, tanda serangan dan komplikasi daripada penyakit gout.

Friday, 9 January 2015

Tips Lelaki Sihat: Ketahui Simptom Kanser Prostat




Prostat adalah organ reproduktif bagi lelaki. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua. Ia dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ia bukannya kanser. Pemeriksaan doktor akan mengesahkan sama ia kanser atau bukan. Untuk tips lelaki sihat, jom ketahui simptom kanser prostat supaya pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa anda.

Wasiat Seorang Bapa Kepada Anaknya



Di dalam al-Quran, Allah memberikan contoh bagaimana Luqman memberikan wasiat dan nasihat kepada anaknya. Ia merupakan satu contoh ikutan yang diamalkan oleh golongan orang soleh yang mana mereka mewasiatkan dan memberikan nasihat yang berguna kepada anak mereka. Sikap ini seharusnya dicontohi oleh lelaki yang bergelar bapa sebagai tanggungjawab mendidik dan melahirkan generasi yang beragama.

Panduan Nutrisi Lelaki: Penjagaan Kesihatan Prostat


Bagaimana menjaga kesihatan prostat melalui pemakanan yang sihat


Saya percaya, nutrisi yang lengkap dan seimbang merupakan faktor untuk mengekalkan kesihatan yang sangat penting. Melalui segmen “Panduan Nutrisi Lelaki”, saya akan berkongsi dengan anda tentang nutrien apa yang diperlukan oleh tubuh anda dan bagaimana untuk mendapatkannya. Untuk entri ini, saya akan berkongsi tentang nutrien yang diperlukan untuk penjagaan kesihatan prostat.

Thursday, 8 January 2015

6 Tips Penjagaan Kaki Bagi Pesakit Kencing Manis

Diabetic Neuropathy


Pesakit kencing manis atau diabetes berisiko mendapat beberapa masalah kesihatan lain seperti masalah jantung, penglihatan mata, buah pinggang dan kerosakan salur darah. Kerosakan salur darah menyebabkan kerosakan saraf. Bahagian kaki sering berlaku masalah disebabkan kekurangan deria akibat daripada masalah saraf. Masalah ini biasa disebut sebagai Diabetic Neuropathy. Entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda, 6 tips penjagaan kaki bagi pesakit kencing manis.

Wednesday, 7 January 2015

Tips Lelaki Sihat: Ketahui Musuh Bagi Sistem Imun Anda



Sistem imun yang kuat penting untuk kesihatan fizikal dan mental yang baik. Rasa letih, sering selesema, alergi, kekurangan mood dan tua sebelum waktunya adalah tanda-tanda jelas sistem imun sudah lemah. Untuk Tips Lelaki Sihat kali ini, jom ketahui musuh bagi sistem imun anda.

Tips Lelaki Sihat: Jaga Kesihatan Penglihatan Mata Anda.




Penglihatan mata merupakan anugerah yang sangat besar. Bayangkan jika anda mempunyai masalah mata contohnya rabun, ia sedikit sebanyak mengganggu urusan harian anda terutamanya jika anda terpaksa memakai cermin mata dan ingin melakukan sukan lasak. Untuk tips lelaki sihat kali ini, saya ingin kongsikan tips jaga kesihatan penglihatan mata anda.

Monday, 5 January 2015

Azam 2015: Kehidupan Yang Lebih Sihat



Setiap tahun, kita punyai azam dan impian baru. Mungkin sebahagian daripada kita, gagal untuk mencapai azam 2014 yang lalu. Namun, bersyukurlah kita dengan nyawa yang masih diberikan oleh Allah untuk kita terus mencapai azam kita pada tahun 2015. Saya harap, dalam senarai azam anda itu, terselit satu azam iaitu inginkan kesihatan dan kecergasan sepanjang masa.

Sunday, 4 January 2015

Mineral Zinc Membantu Anda Menjadi Suami Yang Hebat



Hubungan seks suami isteri merupakan salah satu daripada faktor kebahagiaan suami isteri. Bahkan hubungan seks ini sangat baik untuk kesihatan. Jika anda inginkan hubungan intim bersama isteri berjalan dengan lancar, pastikan anda mendapat nutrisi yang lengkap melalui pemakanan. Tahukah anda bahawa mineral zinc membantu anda menjadi suami yang hebat. Zink disebut sebagai “The Ultimate Sex Mineral” di dalam Men’s Health Magazine.

Saturday, 3 January 2015

Kenali Shaklee: Dr. Forest C. Shaklee - Pengasas Shaklee

kenali shaklee


Entri 'Kenali Shaklee' kali ini, saya ingin berkongsi tentang Dr. Forest C. Shaklee (1894-1985) iaitu pengasas Shaklee. Beliau telah melalui beberapa pengalaman hidup yang berkaitan dengan masalah kesihatan. Bermula dengan Tuberculosis iaitu penyakit batuk kering ketika dilahirkan sehinggalah penyakit kanser yang dihadapinya menyebabkan beliau berusaha untuk menjadi sihat kembali melalui pemakanan yang sihat. Hidup harmoni dengan alam menjadi asas kepada produk yang dihasilkan. 

Friday, 2 January 2015

Kenali Shaklee: Ke Arah Mewujudkan Kehidupan Yang Lebih Sihat


Ke arah mewujudkan kehidupan yang lebih sihat


Entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang sebuah syarikat yang mempunyai misi untuk memberikan kehidupan yang lebih sihat kepada setiap insan dan kehidupan yang lebih baik kepada sesiapa sahaja. Untuk ‘Kenali Shaklee’ kali ini, saya ingin membawa anda melihat bagaimana Shaklee berusaha ke arah mewujudkan kehidupan yang lebih sihat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...