Sunday 11 January 2015

SepakTakraw League (STL): Medan Mempamerkan Bakat Sepak Takraw

 

Sebut sahaja mengenai sukan sepak takraw, pasti akan terbayang bagaimana apit kanan atau “killer’ mematikan bola ke gelanggang lawan dengan teknik libasan gulung atau lipat. Biasanya dimainkan oleh kaum lelaki, namun kini, wanita juga sudah mula bermain sepak takraw dan dipertandingkan. STL atau Sepak Takraw League telah diperkenalkan pada tahun lepas sebagai usaha pembangunan sukan sepak takraw sebagai medan para pemain mempamerkan bakat sepak takraw.


Sepak Takraw berasal dari Kesultanan Melaka sejak abad ke-15 dan dimainkan oleh keluarga diraja. Sukan pada masa itu adalah lebih tertumpu pada paparan koperasi kemahiran daripada aktiviti yang berdaya saing. Sepak Takraw juga banyak dimainkan di seluruh Asia Tenggara dengan nama yang berbeza. Thailand, Filipina, Myanmar, Laos dan Vietnam telah muncul sebagai pesaing utama baru-baru ini.

SepakTakraw League (STL)

Bagi menyemarakkan permainan sepak takraw ini diperingkat kebangsaan, Asia Sports Ventures (ASV) dan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) telah bergabung tenaga untuk menganjurkan SepakTakraw League, satu kejohanan peringkat kebangsaan bertaraf antarabangsa. Tahun 2014 adalah merupakan tahun pertama ia dianjurkan.

Matlamat SepakTakraw League (STL) ini dianjurkan adalah untuk menyediakan sebuah pentas untuk para pemain dan peminat sepak takraw di Malaysia mempamerkan bakat mereka dalam sukan warisan yang semakin terkenal di seluruh dunia.

Objektif utama STL tertumpu kepada pertumbuhan kumpulan bakat pemain Sepak Takraw negara untuk memastikan kesinambungan penguasaan Malaysia dalam sukan ini. Program-program pembangunan untuk memupuk bintang Sepak Takraw sedang dipelankan, sejajar dengan sasaran Pingat Emas bagi Sepak Takraw pada Sukan SEA 2017.

SepakTakraw League diiktiraf dan disokong penuh oleh Persatuan SepakTakraw Malaysia (PSM).

Terdapat 3 iaitu Pusingan Preliminari, pusingan play-off dan kejohanan akhir. Sekarang telah selain pusingan preliminary yang merangkumi pertandingan di Zon Timur, Zon Utara, Zon Selatan, Zon Tengah dan akan berakhir di Pusingan Terakhir di Kuala Lumpur yang akan menampilkan 128 Regu. Dan STL telah berjaya menampilkan 8 regu yang menjadi johan bagi setiap pusingan awal yang dilangsungkan.



Pusingan Play-Off akan menampilkan regu yang mendpat naib johan dan tempat ketiga bagi setiap pusingan awal untuk memilih 8 lagi regu yang terbaik untuk bertanding di kejohanan akhir.

Anda boleh menonton pertandingan ini secara langsung di ASTRO ARENA. Untuk Info Terkini, Klik>>> SepakTakraw League (STL).

Jom kita lihat beberapa aksi yang dipertontonkan oleh para pemain.








Semoga STL ini berjaya mencapai matlamatnya.

+++++++++++++

INGIN TINGKATKAN PRESTASI SUKAN ANDA: 

Jom Pilih PERFORMANCE sebagai minuman tenaga. 
Diuji secara klinikal dan terbukti berkesan dan terbaik untuk kesihatan anda.


Hafid Sulaiman




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...