Tuesday, 22 December 2015

Mineral Penting Untuk Tingkatkan Paras Testosterone Lelaki





Hormon testosterone diperlukan sepanjang hayat seorang lelaki untuk memastikan kesihatan yang menyeluruh. Testosteron memberikan lelaki sifat kelakian dan keinginan seks. Jika anda seorang lelaki yang mengalami masalah penurunan nafsu seks, ereksi zakar lemah atau mati pucuk, emosi tak stabil, hilang fokus, cepat stress dan cepat pelupa, anda mungkin boleh membuat kesimpulan bahawa anda mempunyai paras testosterone yang rendah.

Monday, 21 December 2015

Pencapaian Shaklee 1915 Sehingga 2015





Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya, Living in Harmony with Nature telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat. Di Shaklee, kami percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.

Sunday, 20 December 2015

Apakah Vitamin Yang Bagus Untuk Tingkatkan Tenaga?





Jika anda mengalami gejala kurang bertenaga, sering keletihan, rasa lesu, cepat stress, susah bangun tidur, sering sakit kepala dan mata letih, anda mungkin kekurangan vitamin tertentu. Dengan cara memahami apakah vitamin yang baik dan membantu anda mengimbangi diet anda, anda mampu mengurangkan masalah anda.

Saturday, 19 December 2015

Bahan Utama VIVIX – Purple Carrot (Lobak Ungu)





Saintis Shaklee memilih Purple Carrot atau Lobak Ungu sebagai salah satu bahan utama di dalam VIVIX. Ia merupakan sumber terbaik vitamin A sebagai antioksidan yang kuat dan mengandungi beberapa jenis fitokimia yang hebat termasuklah karotenoid (carotenoids), fenolik (phenolics), poliasetylin (polyacetylenes), isokumarin (isocoumarins) dan seskuiterpin (sesquiterpenes).

Tuesday, 15 December 2015

Manfaat Berjalan Kaki Untuk Kesihatan



Kajian menunjukkan bahawa berjalan kaki dengan cepat dan konsisten adalah salah satu cara terbaik dan mudah untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit. Ia adalah aktiviti yang mudah jika nak dibandingkan dengan aktiviti sukan yang lain yang memerlukan peralatan dan tempat yang sesuai.

Sunday, 13 December 2015

Kesuburan Lelaki: Apa Yang Menyebabkan Berlakunya Kemandulan





Kehidupan di bandar besar yang penuh mencabar, gaya hidup yang penuh tekanan, emosi tidak stabil dan pola pemakanan yang tidak seimbang, boleh menjurus kepada berlakunya kemandulan dalam kalangan lelaki.

Friday, 11 December 2015

Hakikat Insan Di Dalam Al-Quran

Apabila meneliti ayat-ayat al-Quran yang menggunakan kalimah al-Insan, sebahagiannya akan dihubungkan dengan sesuatu yang berbentuk negatif. Ia adalah merupakan sifat semula jadi manusia. Allah memperingatkan manusia agar tidak mengekalkan sifat ini dalam diri agar terselamat daripada kemurkaan dan azab Allah.

Thursday, 10 December 2015

Basic H2 Shaklee: Pelbagai Kegunaan Untuk Membersih





Basic H, pencuci yang diperkenalkan pada tahun 1960 oleh Dr Shaklee. Tidak mengandungi toksik yang boleh membahayakan kesihatan bahkan ia sangat mesra alam. Dr Shaklee telah menghantar sample Basic H kepada NASA untuk diuji dan dipilih sebagai bahan pencuci kapal angkasa. Dan akhirnya NASA telah memilih Basic H untuk digunakan sebagai bahan pencuci. 

Kesihatan Jantung dan Vitamin C





Tahap vitamin C yang rendah telah dikaitkan dengan beberapa penyakit, termasuklah tekanan darah tinggi, penyakit pundi hempedu, stroke, sesetengah kanser, dan arterosklerosis, plak lemak menyumbat dalam saluran darah yang boleh membawa kepada serangan jantung dan stroke. Mendapat cukup vitamin C daripada diet anda – dengan memakan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran – boleh membantu mengurangkan risiko masalah ini.

Wednesday, 9 December 2015

Tingkatkan Tenaga Anda

 
 
Setiap orang perlu ambil Vitamin B setiap hari untuk memastikan tubuh dapat menghasilkan tenaga daripada makanan yang diambil.

Tuesday, 8 December 2015

Sikap Sebahagian Lelaki Terhadap Kesihatan




Sedar bahawa manusia itu hanya mempunyai satu tubuh sahaja untuk didiami sepanjang hayat, maka seharusnya seorang lelaki itu menjaga tubuhnya dengan baik. Namun sebahagian lelaki kurang mengambil berat tentang kesihatan diri. Sebahagian lelaki menikmati hidangan yang enak dan lazat namun tidak memberikan apa-apa nilai kepada kesihatan. Bahkan meletakkan mereka sentiasa di dalam risiko diserang penyakit.

Sunday, 6 December 2015

Marah Menyebabkan ِِِِAnda Sakit





Marah menyebabkan anda melakukan tindakan diluar jangkaan. Membaling barang, meninggikan suara, mengeluarkan kata-kata kesat, menghempas pintu dan lain-lain. Tindakan itu bagi menarik perhatian orang lain supaya mereka tahu bahawa anda sedang marah.

Saturday, 5 December 2015

Lelaki Jangan Abaikan Tanda-Tanda Masalah Kesihatan Ini





Kanser adalah masalah kesihatan di peringkat sel. Sel yang rosak dan semakin membesar memberikan kesan kepada kesihatan. Sering kali masalah ini dikesan ketika sudah merebak dan teruk dan kadang-kadang tidak memberikan gejala pun. Dalam kalangan lelaki, antara kanser yang sering berlaku adalah kanser paru-paru, kanser kolon, kanser tekak dan kanser prostat.

Friday, 4 December 2015

Rahsia Rempah Ratus Di Dalam Hidangan Anda



Rempah ratus yang digunakan di dalam masakan harian kita dianggap sebagai penambah rasa semata-mata. Berbentuk kecil dan sebahagiannya mungkin tak nampak di dalam masakan kita menyebabkan khasiatnya dipandang sebelah mata. Kecil-kecil cili api, kecilnya bukan sebarang kecil. Manfaatnya untuk kesihatan ternyata lebih besar.

Thursday, 3 December 2015

Doa Mohon Kesembuhan Daripada Penyakit



 
Sakit..??  Jangan sekali-kali melupakan Allah. Allah adalah penyembuh bagi segala penyakit.

Mari kita amalkan apa yang Nabi Salla Allah ‘alayh wa sallam ajarkan kepada kita.

8 Sebab Untuk Kita Minum Air Yang Cukup





Bila anda minum air kosong? Adakah anda hanya minum selepas makan? Jika itu rutin harian anda, saya mencadangkan anda untuk berubah. Saya yakin, keperluan air anda tidak cukup. Tahukah anda apa akan terjadi kepada tubuh anda jika tidak mendapat air yang cukup?

Wednesday, 2 December 2015

10 Gejala Anda Mungkin Menghidap Diabetes





Penyakit kencing manis ataupun Diabetes Mellitus merupakan satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Pada zaman sekarang, seseorang mungkin berisiko menghidap masalah diabetes seawal usia 30 an. Gaya hidup seseorang menyebabkan ramai golongan muda mengalami masalah ini. Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Makan makanan yang berkhasiat dan sihat, bersenam, kekalkan berat badan yang unggul dan urus emosi dengan baik.

Friday, 27 November 2015

Syukur





Pantun lama melayu ada menyebutkan:
Asam kandis asam gelugur,
Ditambah cili asam rumbia,
Jasad menangis di pintu kubur,
Ingin kembali ke atas dunia.

Thursday, 26 November 2015

Energy Tea Mix – Teh Putih, Merah dan Hijau





Anda penggemar teh? Sudah pasti anda tahu tentang khasiat teh putih, teh merah dan teh hijau matcha. Dan anda juga pasti tahu nilai harganya tinggi berbanding teh lain sesuai dengan nilai untuk kesihatan yang ada padanya.

Wednesday, 25 November 2015

Aku dan Jantung





Segala apa yang Allah ciptakan untuk manusia, menjadi bahan untuk kita berfikir. Jantung atau disebut Qalb di dalam Bahasa arab adalah merupakan makhluk Allah yang sentiasa mengikut perintah dan aturan yang Allah tetapkan sehinggalah ke suatu masa yang ditetapkan. Semua makhluk Allah yang berada di langit dan di bumi semuanya taat dan akur dengan ketentuan Allah. Semuanya bersujud kepada Allah kecuali manusia dan jin yang diberi pilihan untuk memilih.

Saturday, 21 November 2015

Kenapa Vitamin C Penting Untuk Anak Anda






Sistem imunisasi yang kuat membantu anak anda kekal cergas dan aktif. Jangan biarkan keriangan mereka di zaman kanak-kanak diragut apabila sering kali jatuh sakit. Akhirnya anda juga sering murung dan susah hati dengan keadaan anak anda. Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda perlu membekalkan dengan nutrient yang penting untuk tubuh anak anda berfungsi dengan baik. Antaranya adalah dengan pengambilan vitamin C.

Friday, 20 November 2015

Ujian Dengan Nikmat Kesihatan Dan Masa Lapang





Dunia ini adalah tempat ujian. Manusia seharusnya sedar bahawa segala nikmat itu semuanya sebagai ujian walaupun pada zahirnya ia dilihat sebagai suatu kemuliaan. Maka bersyukurlah agar kita tergolong di dalam orang yang beruntung di akhirat kelak.

Thursday, 19 November 2015

Lelaki Dengan Masalah Prostat





Entri kali ini, saya menukilkan satu rencana yang ditulis oleh Dr Tan Khoon Eu, yang merupakan seorang doktor pakar. Saya kongsikan untuk kita ambil manfaat bersama. Rencana ini dipaparkan di dalam Utusan Online.

Tuesday, 17 November 2015

BASIC H Digunakan Oleh NASA


BASIC H, diperkenalkan oleh Shaklee Corp pada tahun 1960, digunakan oleh pihak NASA untuk mencuci kapal angkasa dan bahagian-bahagian tertentu. Pastinya NASA memilih produk pencuci yang terbaik yang memberikan kebaikan kepada Alam semula jadi.

Friday, 13 November 2015

Merokok Punca Masalah Ereksi Zakar





Banyak punca kenapa ereksi zakar tidak mantap. Antaranya adalah disebabkan amalan merokok. Radikal bebas yang wujud menyebabkan sel-sel di dalam tubuh kita rosak. Kekurangan antioksidan yang bertindak meneutralkan dan mempertahankan sel yang rosak menyebabkan keadaan bertambah teruk.

Tongkat Ali Dan Vitamin C





Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma Longifolia merupakan tumbuhan yang sering dikaitkan dengan kesihatan lelaki. Banyak kajian di peringkat tempatan mahupun antarabangsa menunjukkan manfaatnya kepada kesihatan. Tidak hairanlah jika di barat, terdapat produk untuk kesihatan yang berasaskan tongkat ali.

Saturday, 7 November 2015

Solat Pulihkan Mati Pucuk





Mati pucuk adalah satu keadaan di mana seseorang lelaki tidak mampu mendapatkan atau mengekalkan ereksi  zakar untuk melakukan hubungan  seks. Banyak punca mengapa hal ini terjadi. Ia mungkin berkaitan dengan fizikal atau psikologi. Banyak kaedah merawat mati pucuk dan salah satunya adalah melalui solat.

Friday, 6 November 2015

Sebarkan Kebaikan





Saya ingin bantu seramai mungkin orang yang diluar sana terutamanya lelaki untuk mewujudkan kehidupan yang lebih sihat dan ceria.

Wednesday, 4 November 2015

Derita Resdung



Resdung juga dikenali ‘sinusitis’ atau radang sinus merupakan keradangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan. Jika dibiarkan, masalah ini akan berlarutan sehingga boleh menyebabkan masalah kepada mata dan otak serta kematian.

JANGAN LUPAKAN ALLAH


Setiap manusia sedar bahawa mereka tercipta untuk suatu tugasan tertentu. Islam menjelaskan apakah tujuan penciptaan manusia di atas muka bumi ini. Ada perintah dan larangan yang perlu dipatuhi.

Sunday, 1 November 2015

Produk Shaklee Membantu Tingkatkan Kesihatan






Sejak lebih 50 tahun, jutaan keluarga telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Shaklee dalam mencorak gaya hidup sihat iaitu dengan menghasilkan produk semula jadi yang selamat dan terbukti berkesan.

Saturday, 31 October 2015

Kawal Kencing Manis Anda





Bila seseorang menghidap kencing manis atau diabetes, maka kehidupannya akan berubah. Banyak perkara yang perlu diperhatikan dan diubah terutamanya soal pemakanan. Terpaksa melupakan beberapa jenis makanan dan beralih kepada makanan yang lebih membantu untuk mengawal kencing manis.

Wednesday, 28 October 2015

Kenali Ubat Anda: Kategori Pendaftaran Produk





Anda biasa membeli ubat atau supplement tertentu di farmasi atau secara online dan offline melalui orang lain. Adakah anda tahu bahawa setiap ubat-ubatan atau supplement tersebut mempunyai nombor pendaftaran?

Sunday, 25 October 2015

Plant Polyphenols – Key To Cellular Anti-Aging





Our body depends largely on our ability to renew cell, and as we grow older, this ability will start to reduce, causing slower replenishing rate of new cells which then results in cellular aging. Over time, our body will not be able to function as effectively as it did before. Cellular aging is mainly due to the destructive effect of free radicals.

Saturday, 24 October 2015

Performance Drink: Minuman Seisi Keluarga





Minuman penghidratan semula ini diambil oleh ramai atlet bertaraf dunia termsuklah mereka yang memenangi pingat emas Olimpik. Kebanyakan pelanggan Shaklee di Malaysia mengambilnya untuk tujuan kesihatan dan mengekalkan kecergasan. Pengguna dalam kalangan umat Islam pula mengambilnya ketika bersahur untuk kekal cergas dan aktif semasa berpuasa.

Alhamdulillah… VIVIX Membantu Pesakit Stroke Untuk Pulih


Kredit: www.dudleystrokeassociation.org.uk

Pulihkan Pesakit Stroke | Sel Otak menjadi mati disebabkan terdapatnya gangguan darah ke otak. Kehilangan fungsi otak akibat gangguan bekalan darah ini dikenali sebagai stroke.

Friday, 23 October 2015

Herbal Blend – Krim Serbaguna





Shaklee komited dalam mengeluarkan produk yang bebas bahan kimia berbahaya terutamanya Paraben. Dengan kembali kepada alam semula jadi, Shaklee berusaha menghasilkan produk yang dekat dengan alam yang diyakini mampu memberikan kesan yang terbaik kepada kehidupan manusia. Herbal Blend dihasilkan untuk tujuan memberikan pilihan kepada pengguna untuk memilih sesuatu yang lebih selamat dan berkesan.

Thursday, 22 October 2015

Air Yang Bersih, Sihat dan Selamat Untuk Anda.







Masalah anda adalah bagaimana mendapatkan air yang bersih, sihat dan selamat? Adakah anda mencari penapis air yang murah, mudah dibawa ke mana-mana, fleksibel, penyelenggaraan sendiri, tanpa sambungan elektrik, tanpa memerlukan ruang yang besar, mudah dikendalikan dan ia diiktiraf oleh WQA.??

Wednesday, 21 October 2015

Amalan Zikir Di Waktu Pagi Berdasarkan Hadith





Pada hari ini, ramai dalam kalangan masyarakat sudah menyedari keperluan diri untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Ia adalah sifat semula jadi manusia. Zikir merupakan perbuatan mengingati Allah dalam pelbagai cara. Zikir atau doa yang terbaik adalah apa yang telah diajar oleh baginda nabi salla Allah ‘alayh wa sallam.

Tuesday, 20 October 2015

Masalah Buah Pinggang? Anda Harus Dapatkan VIVIX

masalah buah pinggang


Buah pinggang adalah anugerah Allah yang amat bernilai. Masalah buah pinggang menyebabkan seseorang merasa tidak sihat, pucat dan cepat penat. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka mengalami masalah ini kerana kerosakan buah pinggang berlaku secara senyap tanpa gejala.

Thursday, 15 October 2015

Pengedar Shaklee Klang dan Kapar





Anda tahu dan berminat dengan produk Shaklee tetapi tidak tahu untuk mendapatkannya di mana dan dari siapa? Insyaa Allah saya bantu anda untuk dapatkan produk Shaklee. Jika anda berada di Klang atau Kapar atau mana-mana kawasan yang berdekatan, anda boleh terus berhubung dengan saya untuk dapatkan produk. Selain itu, saya juga membuat penghantaran melalui pos ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Wednesday, 14 October 2015

Kenali Shaklee: Sentiasa Berkesan



Perbezaan Shaklee


Why Shaklee? Kenapa memilih Shaklee sebagai produk supplement kesihatan? Antara jawapan yang saya boleh berikan adalah ia terbukti membantu kesihatan saya sekeluarga dan juga telah terbukti membantu berjuta keluarga di seluruh dunia untuk tampil lebih sihat dan cergas.

Friday, 9 October 2015

Bagaimana Mengatasi Masalah Gout

atasi masalah gout

Masalah Gout. Siapa yang pernah terkena dan masih lagi dibelenggu dengan masalah ini pasti tahu bagaimana sengsaranya berhadapan dengannya. Mungkin anda juga mempunyai masalah yang sama. Rasa seperti dicucuk-cucuk, dihiris, seperti terkena duri dan kaca, tidak boleh bangun dan bermacam lagi perasaaan yang ada. Ketika itu anda hanya boleh baring dan tidak mampu melakukan aktiviti harian yang anda suka.

Wednesday, 7 October 2015

GLA Complex: Khasiat GLA, Vitamin E dan Minyak Biji Bunga Matahari



GLA (asid gamma linolenik) sering menjadi pilihan wanita untuk membantu mengekalkan kesihatan sepanjang kitaran haid bulanan. GLA ialah asid lemak omega-6 yang digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan prostaglandin - bahan yang berperanan untuk mengawal atur pelbagai proses dalaman tubuh. Selain minyak biji bunga matahari sebagai sumber asid lemak Omega-6, produk ini juga diperkaya dengan vitamin E bagi menyokong dan menguatkan sistem imun serta mengekalkan keutuhan sel.

Monday, 5 October 2015

Panduan Nutrisi: Tekanan Darah Tinggi



kawal tekanan darah tinggi


Tekanan darah tinggi adalah ‘pembunuh senyap’ yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Komplikasi-komplikasi tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan ke atas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Bagi lelaki, tekanan darah tinggi juga memberikan kesan kepada ereksi zakar atau boleh menyebabkan mati pucuk. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat. 

Baca Juga: Tekanan Darah Tinggi Punca Ereksi Zakar Lemah Atau Mati Pucuk

Tuesday, 22 September 2015

Sakit Pinggang dan Sakit Belakang



Ada masalah sakit pinggang dan sakit belakang?

Tak suka minum susu sehingga 4 gelas sehari??

Tak suka makan makanan yang kaya dengan kalsium??

Sunday, 20 September 2015

Hujung Minggu: Larian SJ 10KM MPSJ 2015



Larian SJ 10KM MPSJ 2015


Alhamdulillah hari ini berjaya menamatkan larian sejauh 3 KM di dalam  Larian SJ 10KM MPSJ 2015.  Event ni dibuat setiap tahun, dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya. Dan tahun ni salah satu penaja adalah Shaklee Malaysia.

Thursday, 17 September 2015

6 Sebab Anda Kurang Bertenaga Ketika Bersukan




Ada ketikanya, kita bertenaga ketika bersukan. Tetapi ada kalanya begitu berat untuk bersukan dan aktiviti yang dilakukan kurang menyeronokkan seolah-olah terpaksa. Pancit di tengah jalan. Kenal pasti beberapa sebab anda kurang bertenaga ketika bersukan.

AJHT Pilihan Terbaik Untuk Masalah Sendi dan Sakit Lutut






Banyak produk Supplement yang membantu meningkatkan kesihatan sendi. Shaklee juga mengeluarkan produknya sendiri yang berasaskan tumbuhan semula jadi yang terbaik. Jom, kita baca kenapa Shaklee Advanced Joint Health Tablet (AJHT) menjadi pilihan anda untuk selesaikan masalah sendi dan sakit lutut anda.

Tuesday, 15 September 2015

Kenapa Anda Perlu Pilih OsteMatrix™

OsteMatrix Membantu anda mendapatkan keperluan kalsium


Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...