Wednesday, 31 December 2014

Dapatkan Set Kesihatan Lelaki Shaklee daripada Pengedar Shaklee Klang

Supplement Kesihatan Lelaki


Rangkaian produk Shaklee membantu lelaki untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh. Sebagai Pengedar Shaklee Klang dan kawasan sekitarnya seperti Setia Alam, Meru, Kapar, Shah Alam dan lain-lain, saya membantu anda yang tinggal di kawasan ini mendapatkan Set Kesihatan Lelaki Shaklee atau mana-mana produk Shaklee yang lain secara COD.

Tuesday, 30 December 2014

Produk Supplement Kesihatan Mesti Beli Tahun 2014

Vitamin C dan Vitamin E mesti beli 2014


Jom alami kehidupan yang harmoni dengan alam. Sebelum berakhir bulan Disember 2014 yang tidak berapa lama lagi, anda mesti beli produk supplement kesihatan yang terbaik untuk kesihatan anda yang telah ditawarkan oleh Shaklee. Bulan Disember 2014, Shaklee menawarkan promosi untuk produk Vitamin C dan Vitamin E iaitu Sustained Release Vita-C Plus dan Vita-E Complex. 2 produk ini seharusnya di dalam senarai mesti beli anda tahun 2014.

Dapatkan Set Kesihatan Keluarga Shaklee Daripada Pengedar Shaklee Klang.

Dapatkan produk Shaklee daripada Pengedar Shaklee Klang


Shaklee mengajak anda untuk menyelami kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik melalui produknya yang berkualiti tinggi. Kami pengedar Shaklee percaya bahawa makan secara seimbang dan sihat serta pengambilan supplement kesihatan yang berkualiti membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan tubuh. Bagi anda yang berkeluarga, anda boleh dapatkan Set Kesihatan Keluarga Shaklee daripada saya, pengedar Shaklee Klang.

Sunday, 28 December 2014

INFOGRAFIK: Manfaat Vitamin C

ketahui keperluan dan manfaat vitamin C


Vitamin C merupakan antioksidan. Ia merupakan nutrien penting yang terlibat di dalam banyak fungsi badan. Vitamin C dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan sistem imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, kulit, tulang, otot dan pembuluh darah. Untuk entri kali ini, saya hanya memaparkan infografik tentang manfaat vitamin C untuk tatapan pembaca.

Tuesday, 23 December 2014

Tips Lelaki Sihat: Cegah Dan Kawal Kencing Manis

Tips lelaki sihat, cegah dan kawal kencing manis


Penyakit kencing manis atau diabetes adalah keadaan terdapatnya paras gula berlebihan dalam peredaran darah. Keadaan ini berlaku kerana badan kekurangan insulin yang diperlukan bagi menukar gula kepada tenaga. Untuk tips lelaki sihat kali ini, saya kongsikan secara ringkas tips untuk cegah dan kawal kencing manis.

Monday, 22 December 2014

Lelaki, Kencing Manis Dan Kesihatan Zakar


Mati pucuk disebabkan kencing manis.


Kajian menunjukkan kencing manis atau diabetes menjadi ancaman kepada lelaki seiring dengan peningkatan umur. Bahkan mereka yang berusia awal 20-an dan 30-an juga berisiko menghidap penyakit ini. Salah satu komplikasi kencing manis kepada lelaki adalah terhadap kesihatan zakar. Lelaki mempunyai masalah mati pucuk iaitu masalah mencapai ketegangan zakar atau masalah tidak mampu mengekalkan ketegangan zakar.

Wednesday, 17 December 2014

Vitamin C Untuk Bekalan Sepanjang Hari

Sustained release Vita-C Plus 500mg terbaik untuk kesihatan anda.

Tahukah anda bahawa anda sering kali kekurangan vitamin C yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Saya akan tunjukkan satu produk vitamin C yang terbaik untuk anda. Sustained Release Vita-C daripada Shaklee adalah pilihan paling tepat dan pilihan yang bijak sebagai bekalan sepanjang hari bagi membekalkan semula vitamin C yang hilang daripada tubuh anda disebabkan oleh aktiviti harian.

Saturday, 13 December 2014

OmegaGuard Shaklee: Minyak Ikan Omega-3 Yang Menyokong Kesihatan Jantung

omegaguard shaklee: minyak ikan omega-3 yang membantu menjaga jantung anda.


Omega-3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting. Asid lemak adalah sebahagian daripada komposisi yang membentuk dinding sel-sel dalam tubuh manusia. Salah satu sumber terbaik omega-3 adalah melalui makanan laut atau lebih tepat lagi minyak ikan. Banyak kajian dan bukti yang nyata yang membuktikan minyak ikan omega-3 menyokong kesihatan jantung. Kali ini, jom berkenalan dengan salah satu produk Shaklee yang terbaik bersumberkan minyak ikan omega-3 iaitu OmegaGuard Shaklee.

Thursday, 11 December 2014

VIVIX Penemuan Revolusioner oleh Shaklee Dalam Pemakanan Polifenol

VIVIX penemuan revolusioner oleh Shaklee membantu melambatkan penuaan


VIVIX adalah Botanical Beverage Mix atau minuman campuran botani yang melambangkan revolusi penemuan dalam bidang khasiat pemakanan polifenol. VIVIX adalah penemuan revolusiner oleh Shaklee.

VIVIX mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.

Monday, 8 December 2014

Tips Lelaki Sihat: Jom Ubah Tabiat Ke arah Kehidupan Yang Lebih Sihat



Kesihatan badan banyak bergantung kepada tabiat individu. Seseorang yang seringkali mengabaikan tanggungjawab terhadap tubuh badan, pasti akan menyesal dengan tabiat buruk yang diamalkan. Untuk tips lelaki sihat kali ini, saya ingin berkongsi dengan cara ubah tabiat ke arah kehidupan yang lebih sihat. Berusahalah untuk merubah gaya hidup anda secara perlahan-lahan agar anda dapat menjadikannya tabiat yang akan sentiasa anda lakukan.

Saturday, 6 December 2014

Tips Lelaki Sihat: Cara Mudah Menjaga Kesihatan Jantung Anda

cara mudah menjaga kesihatan jantung


Bercerita pasal serangan jantung, ia pasti menjadi igauan ngeri bagi sesiapa yang pernah merasainya. Tidak kira tua atau muda, serangan jantung boleh menyerang siapa sahaja. Lelaki yang merasa dirinya sihat juga, boleh terkena serangan jantung secara tiba. Dalam tips lelaki sihat ini, saya ingin berkongsi cara mudah menjaga kesihatan jantung anda.

Wednesday, 3 December 2014

Tekanan Darah Tinggi Punca Ereksi Zakar Lemah Atau Mati Pucuk


ereksi zakar lemah sebab tekanan darah tinggi

Ereksi zakar yang keras bergantung kepada kepadatan liang otot zakar yang mengandungi kandungan darah yang banyak. Apabila perasaan seksual lelaki terangsang, darah masuk dengan lancar dalam kuantiti banyak dalam liang otot zakar. Namun, ereksi zakar yang keras mungkin tidak terjadi disebabkan aliran darah yang tidak sempurna. Tekanan darah tinggi mungkin menjadi punca ereksi zakar lemah atau mati pucuk.

Tuesday, 2 December 2014

Tekanan Darah Tinggi: Pembunuh Senyap Yang Boleh Dikawal

Cara mengawal tekanan darah tinggi


Hypertension atau tekanan darah tinggi adalah penyakit senyap yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Digelar sebagai pembunuh senyap atau 'silent killer' yang tidak memberikan apa-apa tanda tentang kehadirannya, ia mampu mendatangkan kematian hasil daripada pembunuh lain yang dibawa olehnya. Namun berita baik bagi penghidap tekanan darah tinggi, pembunuh senyap ini boleh dikawal dan dicegah melalui beberapa perubahan dalam kehidupan.

Friday, 28 November 2014

Merenung Kembali Apa Yang Telah Disediakan Untuk Hari Yang Pasti Tiba



Sering kali kita mendengar kata-kata indah ini: “Hisablah dirimu, sebelum kamu dihisab”. Kata-kata ini mengajak kita semua merenung kembali apa yang telah disediakan untuk hari yang pasti tiba. Apakah persediaan kita untuk bertamu pada hari yang pasti tiba agar tidak ada penyesalan pada hari yang tidak lagi memberikan manfaat penyesalan itu.

Thursday, 27 November 2014

Tips Meningkatkan Kesihatan Zakar Secara Semula Jadi

Tips untuk mengatasi masalah ereksi zakar yang lemah secara semula jadi.


Apabila anda membicarakan tentang kesihatan lelaki, topik yang sering dibincangkan adalah tentang kesihatan zakar. Zakar yang tegang, keras, panjang, tahan lama dan macam-macam lagi kriteria yang menjadi idaman lelaki. Pelbagai cara dilakukan oleh lelaki untuk meningkatkan kesihatan zakar secara semula jadi atau pun melalui cara yang pelbagai pada zaman kini.

Lelaki Perlu Ambil Tindakan Jika Ereksi Zakar Lemah

zakar kurang tegang, lelaki perlu ambil tindakan susulan

Ereksi zakar lemah atau zakar kurang tegang dan kurang keras merupakan satu situasi apabila seorang lelaki tidak mampu mempertahankan ketegangan zakarnya ketika melakukan hubungan seks dengan pasangannya. Ereksi zakar lemah walaupun telah dirangsang oleh pasangannya sehingga menyebabkan zakar tidak mampu masuk ke dalam faraj pasangan dan mungkin tidak mampu meneruskan hubungan seks. Mungkin hal ini berlaku sekali sekala namun lelaki perlu ambil tindakan jika ereksi zakar lemah dan kurang keras.

Monday, 17 November 2014

Set Kesihatan Penghadaman – Menyokong Sistem Penghadaman Untuk Kekal Sihat


Produk shaklee membantu menyokong sistem penghadaman yang sihat. Masalah perut ambil set Shaklee

Tubuh badan mempunyai sistem pemprosesan makanan bagi memastikan apa yang anda makan mampu digunakan oleh tubuh bagi kegunaan harian. Sistem ini disebut sebagai sistem penghadaman. Ia melibatkan pelbagai organ yang bermula daripada mulut sehingga ke anus. Untuk kekal sihat, sistem penghadaman perlu dipelihara pada tahap yang terbaik untuk kesihatan anda.

Sunday, 16 November 2014

Mighty 3 Gems – Sarapan Berkhasiat Untuk Tenaga Sepanjang Hari



Ramai tidak sedar yang sarapan merupakan rahsia untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Kesibukan yang melanda masyarakat yang hidup di bandar menyebabkan mereka kurang prihatin dengan pengambilan sarapan. Bahkan yang lebih teruk lagi, tabiat ini menjadi ikutan anak mereka.

Saturday, 15 November 2014

Set Kesihatan Lelaki – Meningkatkan Kesihatan dan Kecergasan Lelaki

Produk Shaklee terbaik untuk tingkatkan kesihatan lelaki


Set Kesihatan Lelaki atau Men's Vital Health Set adalah rangkaian produk Shaklee yang membantu meningkat taraf kualiti kesihatan dan kecergasan lelaki. Lelaki tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, obesiti, strok, kesuburan dan banyak lagi.

Set Kesihatan Keluarga – Supplement Asas Untuk Permulaan Yang Sihat



Set Kesihatan Keluarga atau Family Wellness Set membantu anda sekeluarga dengan memberikan nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga kekal sihat dan bertenaga. Ia merupakan supplement asas untuk permulaan yang sihat.

Monday, 10 November 2014

Bagaimana Shaklee Membantu Menjaga Kesihatan Jantung

Produk Shaklee membantu kesihatan jantung


Pemakanan yang sihat dan seimbang merupakan langkah terbaik untuk menjaga kesihatan jantung. Shaklee sebagai syarikat nutrisi semula jadi membantu anda untuk membekalkan nutrien yang penting untuk mengekalkan jantung yang kuat dan sihat. Supplement kesihatan Shaklee telah terbukti membantu meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.

Ubah Tabiat Pemakanan Untuk Kesihatan Jantung





Manusia yang dilahirkan normal yang tidak mempunyai masalah jantung perlu bersyukur dengan anugerah kesihatan yang diberikan. Tabiat pemakanan yang tidak seimbang menjadikan anda seorang yang sering kali lalai terhadap anugerah kesihatan ini. Kesihatan jantung amat berkait rapat dengan tabiat pemakanan anda. Jika anda sudah mempunyai tanda-tanda masalah jantung, ubat tabiat pemakanan adalah tindakan bijak untuk kesihatan jantung anda.

Sunday, 9 November 2014

Rasa Kebas Pada Kaki dan Tangan Serta Kejang Otot.


Bagaimana mengatasi kebas pada kaki dan tangan serta kekejangan otot.

Anda mungkin pernah mengalami rasa kebas pada kaki dan tangan serta kejang otot. Baru duduk sekejap dah rasa kebas pada bahagian tertentu di badan. Rasa kebas dan kejang ini sering kali memberikan ketidak selesaan pada anda untuk terus melakukan aktiviti dan rutin harian. Jika ia dibiarkan tanpa rasa peduli daripada anda, mungkin ia akan bertambah teruk seiring dengan peningkatan usia.

Friday, 7 November 2014

Makanan Pesakit Kencing Manis

ESP ADALAH MAKANAN UNTUK PESAKIT KENCING MANIS


Diabetes atau kencing manis adalah penyakit yang menghantui ramai rakyat Malaysia. Kompilasi daripada penyakit kencing manis ini boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti kerosakan mata, saraf, buah pinggang dan boleh menyebabkan strok. Mengawal paras gula dalam darah adalah satu tindakan yang bijak untuk memastikan pesakit kencing manis dapat mengurangkan risiko kompilasi yang lebih teruk. Mengubah tabiat pemakanan perlu dilakukan segera apabila seseorang itu dipastikan menghidap penyakit kencing manis.

Thursday, 6 November 2014

Peppermint-Ginger Plus: Segar dan Melegakan Masalah Perut



Melegakan angin di dalam badan, sendawa, muntah, loya dan masalah pencernaan


Halia terbukti membantu menyelesaikan beberapa masalah kesihatan secara semula jadi. Halia adalah herba yang sangat berkesan untuk menyihatkan saluran pencernaan dan melegakan ketidakselesaan perut secara. Dengan teknologi sains terkini, Shaklee telah menghasilkan satu produk yang menggabungkan 4 herba daripada timur dan barat iaitu halia, pudina, anise dan fennel. Peppermint-Ginger Plus memberikan kesegaran dan melegakan masalah perut.

Halia Melegakan Angin dan Senak Perut

Halia segar dan melegakan perut anda


Halia adalah ramuan masakan yang sering digunakan ketika memasak. Ia bukan sekadar penyedap makanan bahkan halia mempunyai manfaat yang besar kepada kesihatan manusia. Ia adalah ubat yang mujarab kepada beberapa masalah kesihatan. Pada kebiasaannya, bagi melegakan angin di dalam badan dan senak perut, orang-orang dahulu menggunakan halia sebagai ubatnya. Cara mudah adalah dengan membuat teh halia.

Wednesday, 5 November 2014

Pintu-pintu Syurga




Setelah melalui hisab dan titian sirat, perjalanan manusia diteruskan ke tempat terakhir mereka. Bagi orang yang selama di dunia, dia bertakwa kepada Allah, telah tersedia syurga yang akan mereka diami selama-lamanya. Pintu-pintu syurga akan memanggil mereka berdasarkan amalan yang mereka lakukan.

Tuesday, 4 November 2014

Vitamin E: A Key Antioxidant

Natural E for heart, brain, colon. prostate, and immune system


A key antioxidant, vitamin E is particularly important for a healthy heart and blood supply and is very good for your skin. Although it is fat-soluble, this vitamin is only stored in your body for a short period of time and regular intake is essential.

Monday, 3 November 2014

Power of Protein For Long-Lasting Energy

Protein untuk tenaga yang berkekalan


Protein Power Up. Protein is essential building block for health – critical for muscle building and retention, tissue repair, immunity, and virtually every other function in the body. Protein also may help to ward off hunger and boost energy. 

Oppo Piala Malaysia: Pahang Kalahkan JDT


1 November 2014, Pahang mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia dengan mengalahkan juara Liga Super 2014, JDT melalui penentuan sepakan penalti selepas tamat masa penuh dan masa tambahan. Pahang yang bermainan dengan 10 orang selepas 70 minit masa permainan berjaya mengikat kedudukan seri 2-2 dan memenangi penentuan sepakan penalti dengan 5-3. Kejayaan Pahang kalahkan JDT ini, menunjukkan bagaimana fokus, kekuatan mental, taktikal dan kerjasama berpasukan pasukan Pahang menjadikan mereka layak menjadi juara.

Saturday, 1 November 2014

Bawang Putih Membantu Mengatasi Tekanan Darah Tinggi.

Produk shaklee membantu mengekalkan tekanan darah normal

Tekanan darah tinggi merupakan punca kepada beberapa masalah lain seperti sakit jantung, diabetes, strok dan kegagalan buah pinggang. Ramai orang yang tidak mengetahui bahawa dia menghidap tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi menjadi pembunuh senyap yang menyerang badan anda tanpa ada gejala sehingga dirasakan sudah terlambat untuk mengatasinya. Tekan darah tinggi dapat dicegah dan diatasi melalui pemakanan yang seimbang. Bawang putih merupakan makanan yang sering kali dimasukkan di dalam masakan anda, namun ramai yang tidak menyedari manfaat bawang putih yang membantu mengatasi tekanan darah tinggi.

Friday, 31 October 2014

Kenapa Cepat Lapar Walaupun Selepas Makan?


Setiap manusia pasti melalui masalah dalam hal pemakanan. Anda mungkin mempunyai masalah kekurangan, kelebihan dan ketidakseimbangan dari segi nutrien. Saya ingin mengutarakan di sini tentang satu situasi di mana anda baru sahaja menikmati hidangan makanan, namun tidak berapa lama kemudian anda sudah kembali berasa lapar kembali. Kenapa anda cepat lapar walaupun selepas makan?

Thursday, 30 October 2014

Vitamin C Sebagai Antioksidan

Vitamin C mencegah pelbagai penyakit seperti kanser


Vitamin C adalah salah satu daripada antioksidan yang berfungsi mencegah pelbagai jenis penyakit. Sebagai antioksidan, fungsi utamanya adalah untuk meneutralkan radikal bebas yang menjadi punca penyakit di peringkat sel. Banyak kajian yang menunjukkan bahawa dengan menambah antioksidan seperti vitamin C di dalam hidangan harian, risiko untuk mendapat penyakit semakin rendah. Vitamin C sebagai antioksidan ini akan memungut, menghapuskan atau meneutralisasikan radikal bebas. Selagi wujud keseimbangan antara radikal bebas dalam badan dan antioksidan seumpama vitamin C yang menghapuskannya, maka boleh dikatakan bahawa tahap kesihatan anda adalah baik.

Wednesday, 29 October 2014

Antioksidan Melawan Radikal Bebas

Antioksidan Melawan Radikal Bebas

Seorang anak kecil yang tidak boleh dipisahkan dengan bantal busuknya, apabila ada seseorang yang dengan sengaja mengambil dan menyorokkan bantal tersebut, sudah pasti keadaan tidak akan terkawal selepas itu. Jika tiada yang mengawal dan mententeramkannya, maka ia akan menjadi lebih parah. Begitulah yang saya boleh gambarkan tentang radikal bebas. Radikal bebas menyebabkan banyak penyakit yang memporak perandakan tubuh anda. Antioksidan datang sebagai penyelamat bagi mewujudkan keseimbangan dalam badan. Maka kerana itu, di dalam makanan harian anda, perlu dimasukkan makanan yang berfungsi sebagai antioksidan yang melawan radikal bebas.

Saturday, 25 October 2014

Kenapa Lelaki Ambil Supplement Vitamin C?


Kenapa Lelaki Ambil Supplement Vitamin C


Saya tak pasti berapa ramai lelaki yang mengambil supplement vitamin C. Mungkin tak ramai jika dibandingkan dengan perempuan. Lelaki mungkin lebih berminat dengan supplement protein, minuman tenaga, kopi kuat, ubat perangsang seks dan produk lain yang boleh meningkatkan prestasi dan stamina. Namun kepentingan vitamin C tidak boleh dipertikaikan kerana ia terlibat di dalam banyak fungsi tubuh. Sebahagian lelaki yang mengambil supplement vitamin C mempunyai sebab tertentu yang sangat baik untuk kesihatan menyeluruh. 

Thursday, 23 October 2014

Perlukah Lelaki Mengambil Supplement Kesihatan?


Perlukah Lelaki Ambil Supplement Kesihatan


Ramai berbicara sama ada lelaki perlu mengambil supplement kesihatan atau tidak. Di pasaran, terdapat banyak supplement kesihatan khusus untuk lelaki. Lihat sahaja di kaca televisyen, beberapa artis lelaki menjadi duta kepada supplement kesihatan tersebut. Semuanya mempunyai tujuan yang murni iaitu meningkatkan kesihatan lelaki khususnya untuk memberikan tenaga yang berpanjangan sepanjang mereka bekerja. Sibuk dengan urusan kerja, di samping aktif dengan pelbagai aktiviti termasuk sukan memerlukan seorang lelaki itu mengambil supplement kesihatan yang pelbagai.

Wednesday, 22 October 2014

Lelaki Mencari Ubat Perangsang Seks




Lelaki mana yang tidak mahu menjadi hebat di ranjang. Rasa malu apabila pasangan merendahkan kemampuan anda. Maka kerana itu lelaki mencari sesuatu yang hebat. Inginkan sesuatu yang memberikan tenaga sampai pagi, menguatkan, membesarkan, memanjangkan, mengukuhkan dan macam-macam lagi. Dan yang penting, produk itu memberikan kesan segera agar dapat dinikmati. Ubat perangsang seks menjadi bualan dan carian lelaki untuk memuaskan pasangan. Lelaki mencari ubat perangsang seks atau ubat kuat sehingga mereka lupa apa sebenarnya yang sepatutnya mereka cari untuk kesihatan badan keseluruhannya.

Monday, 20 October 2014

Cegah Sakit Lutut Sebelum Parah.

cegah sakit lutut.

Anda seorang yang aktif, tetapi sakit lutut sering kali mengganggu aktiviti anda. Berjalan sikit, dah rasa sakit lutut. Tulang lutut dirasakan seperti bergesal. Sakitnya hanya empunya badan yang tahu. Ini mungkin berpunca disebabkan lendir antara sendi ligamen dan tendon dibahagian tulang lutut sudang semakin kurang. Inilah yang menyebabkan sakit lutut atau sakit sendi pada kebanyakan orang. Apabila usia meningkat, anda perlu menyedari bahawa tubuh anda juga akan kehilangan upaya untuk mengekalkan struktur tulang rawan dan sendi sihat. Maka, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk berusaha mencegah sakit lutut sebelum parah.

Makan Brokoli Untuk Kurangkan Risiko Kanser Prostat.



Kanser prostat merupakan kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki. Ia adalah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan-lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Tahukah anda bahawa kanser prostat dapat dielakkan melalui pemakanan yang berkhasiat. Makanan merupakan faktor utama nilai tahap kesihatan anda. Seseorang lelaki juga perlu mengetahui makanan apa yang sesuai dimakan untuk kesihatan lelaki. Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi 1 jenis sayuran yang mudah untuk anda amalkan dalam hidangan harian anda. Brokoli adalah antara sayuran yang membantu kurangkan risiko kanser prostat.

Sunday, 19 October 2014

Punca Obesiti Dalam Kalangan Lelaki



Umur meningkat dan saiz ukuran pinggang juga meningkat. Itu menunjukkan anda sedang menuju obesiti. Sejarah menyatakan bahawa obesiti merupakan masalah klasik. Ketika zaman Rom, lelaki dan wanita yang obesiti perlu membayar pajak lebih tinggi untuk makanan dan minuman yang dibeli. Sebahagian lelaki tidak menyedari bahawa dirinya sedang menuju ke obesiti. Apabila seorang lelaki itu sedar bahawa dia adalah obesiti, dia memerlukan masa yang lama untuk kembali ke saiz tubuh yang ideal. Banyak punca berlakunya obesiti dalam kalangan lelaki yang jika anda tidak menyedarinya, ia boleh membawa kepada ancaman penyakit yang akan menyusahkan hidup anda.

Saturday, 18 October 2014

Ancaman Penyakit Ke Atas Lelaki Obesiti



Obesiti sudah menjadi masalah popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kesedaran untuk mencegah obesiti harus dipertingkatkan sesuai dengan peredaran zaman. Lelaki obesiti harus berwaspada daripada ancaman penyakit yang pelbagai. Bagi mereka yang BMInya masih lagi di tahap yang baik, anda juga harus berwaspada dengan melakukan langkah pencegahan dari awal untuk elakkan ancaman penyakit disebabkan obesiti. Walaupun lelaki obesiti kelihatan sihat diluar namun ancaman penyakit yang pelbagai mungkin akan menyerang secara senyap.

Supplement Untuk Lelaki: Pengedar Shaklee Shah Alam



Supplement atau makanan tambahan sudah semakin menjadi popular dalam kalangan ramai masyarakat Malaysia. Kaum lelaki tidak ketinggalan mencari produk-produk tertentu untuk kesihatan lelaki khususnya yang berkaitan dengan bagaimana menjadi lelaki perkasa. Apa sahaja produk supplement untuk lelaki perlu untuk anda selidiki agar ia tidak memudaratkan anda di kemudian hari. Mungkin supplement untuk lelaki tersebut memberikan kesan yang cepat  dilihat, namun mempunyai kesan negatif jangka panjang. Saya sebagai pengedar Shaklee Shah Alam menawarkan bantuan untuk mendapat supplement untuk lelaki yang berkualiti yang dijamin selamat bersumberkan alam semula jadi.

Friday, 17 October 2014

Apa Yang Disukai Belum Tentu Membawa Kebahagiaan



Kehidupan anda terus berjalan dan hari-hari dilalui dengan penuh kegembiraan. Setiap hari anda melakukan apa yang anda suka kerana menganggapnya itulah yang membawa kebahagiaan. Itu memang fitrah manusia. Namun ingatkah anda dengan Kalam Tuhan yang mengingatkan manusia bahawa boleh jadi apa yang disukai itu belum tentu membawa kebahagiaan kepada anda. Dan boleh jadi juga, apa yang dibenci itu sebenarnya kebahagiaan untuk anda.

Thursday, 16 October 2014

Kalsium: Keperluan Untuk Tulang Yang Kuat




Anda pasti mengetahui bahawa kalsium adalah keperluan untuk tulang yang kuat dan sihat. Hampir semua kalsium yang ada di dalam tubuh anda terdapat di dalam tulang. Kalsium diperlukan untuk membina struktur tulang dan gigi serta fungsi saraf dan otot. Apabila umur semakin meningkat, keperluan kalsium juga perlu ditingkatkan agar apabila semakin berusia, anda dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan tulang kerana anda mempunyai jisim tulang yang baik dan kuat.

Thursday, 9 October 2014

Supplement Untuk Lelaki: Pengedar Shaklee Klang.



Setiap orang ingin memastikan mendapat nutrien yang cukup setiap hari. Namun sering kali apa yang dihidangkan tidak memenuhi keperluan nutrien harian. Dan kadang-kadang ia melebihi apa yang diperlukan. Maka disebabkan itu, anda dengan kesedaran untuk memenuhi keperluan nutrisi anda, anda ingin mengambil supplement atau makanan tambahan. Ini adalah cara yang semakin popular sekarang untuk memastikan anda mendapat nutrien yang mencukupi seharian. Jika anda seorang lelaki, saya pengedar Shaklee Klang ingin membantu anda memperoleh supplement untuk lelaki yang dihasilkan oleh Shaklee yang bersumberkan daripada bahan semula jadi terbaik dan berkualiti.

Wednesday, 8 October 2014

Anak Sering Demam dan Selesema





Anak anda sering demam dan selesema? Ditambah pula dengan cuaca yang tak menentu. Demam dan selesema mungkin disebabkan sistem pertahanan diri atau sistem imun anak anda yang lemah. Ini menyebabkan anak anda sering demam dan selesema. Situasi ini menyebabkan anda risau tentang perkembangan tumbesaran anak anda. Di tambah pula dengan sikap anak anda yang sering kali mengelak untuk makan sayuran dan buah-buahan. Anda menyedari bahawa pemakanan yang lengkap untuk anak anda mampu untuk mengelakkan mereka daripada sering demam dan selesema.

Friday, 3 October 2014

Glukosamin Membantu Mengatasi Sakit Lutut.


Apabila usia anda semakin meningkat, tubuh turut kehilangan keupayaan untuk memperbaharui dan mengekalkan struktur tulang rawan dan sendi sihat. Situasi ini menyebabkan anda sukar bergerak. Sakit lutut menyebabkan aktiviti yang mudah menjadi sukar. Masalah sakit lutut disebabkan rawan yang lemah dan rapuh, tisu penghubung yang terurai dan geseran yang akhirnya menyebabkan ketidakselesaan. Tubuh tidak mampu memperbaiki kerosakan di sendi. Ini kerana Glukosamin (GS-Glucosamine Sulphate) yang merupakan bahan semula jadi dalam tubuh untuk memperbaiki radang sendi, tidak dikeluarkan oleh tubuh secara mencukupi.

Thursday, 2 October 2014

Masalah Membantu Menemui Makna Hidup



Masalah dapat membantu seseorang menemui makna dan tujuan hidup. Pemahaman tentang makna kehidupan merupakan pemahaman tentang alasan keberadaan hidup manusia dan apa yang menjadi tujuan hidupnya. Ketika seseorang hidup di dalam kesenangan dan penuh keselesaan, pengertian makna kehidupan selalunya dipandang remeh. Bahkan ia sering kali lupa tentang makna hidup. Dorongan untuk mengenali makna hidup sering datang melalui penderitaan dan masalah di dalam kehidupan.

Anda Membeli Air Minuman Atau Sampah?

 
Kredit: liputanseadanya
Anda suka mudah dan cepat. Rasa dahaga, singgah ke kedai serbaneka, pergi ke peti sejuk dan dapatkan air minuman sebotol yang harganya mungkin dalam RM1 paling murah untuk 500ml. Mudah bukan. Ada di mana-mana. Selepas minum, anda buang sahaja di dalam tong sampah. Maka jadilah ia sampah yang tidak berguna.. Tapi bila difikirkan kembali, adakah anda sebenarnya telah membeli air minuman atau sampah???

Wednesday, 1 October 2014

Vitamin C Itu Telah Hilang

Kenapa kurang vitamin C dalam makanan harian

Vitamin C atau Asid Askorbik merupakan vitamin larut air. Vitamin C mudah diperoleh daripada buah-buahan beri, buah-buahan sitrus dan sayuran hijau. Vitamin C boleh hilang semasa memasak atau semasa dimasukkan ke dalam air masakan. Pemotongan dan membiarkan buah-buahan dan sayuran terdedah kepada udara boleh menyebabkan kehilangan vitamin C yang banyak. Jadi, apa yang anda makan hanyalah makanan tanpa Vitamin C yang telah hilang atau yang semakin berkurangan.

Pilihan Yang Selamat, Elakkan Bahaya.


Perkataan selamat menggambarkan ia jauh daripada bahaya. Siapa yang sukakan bahaya. Bahaya mengundang mudarat pada diri. Setiap individu akan sentiasa menyediakan dirinya berada pada zon yang selamat. Tak kira dalam apa jua keadaan. Anda juga begitu. Anda inginkan kediaman yang selamat, makanan yang selamat, kenderaan yang selamat, pakaian yang selamat, dan apa sahaja yang boleh mengelakkan seseorang daripada bahaya. Namun, kadang-kadang anda juga sengaja mengundang bahaya, mungkin secara sedar atau pun tidak. Anda tahu, ada pilhan lain yang selamat, tetapi mungkin ‘mahu’ itu menguasai ‘tahu’.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...